View: 538|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pelajar jatuh dari tingkat lima, gagal masuk rumah ketika panjat tembok
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
PUTRAJAYA – Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas terjatuh dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.
Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11.
“Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.
“Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok,” katanya.
Menurut Asmadi, mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya ekoran pendarahan di kepala.
Katanya, pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... tika-panjat-tembok/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|