CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1793|Reply: 18

[Tempatan] Guru di Keningau menang Anugerah Cambridge

  [Copy link]
Post time 13-5-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode
Guru di Keningau menang Anugerah Cambridge

https://www.bharian.com.my/berit ... -anugerah-cambridge

Oleh BERNAMA - Mei 13, 2024 @ 9:07am


Guru, Sydney Engelbert pemenang Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024 (CDTA) bagi Rantau Asia Tenggara dan Pasifik.

KENINGAU: Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Sydney Engelbert gemar menonton kartun berbahasa Inggeris, bukan sekadar untuk hiburan tetapi juga sebagai wahana mempelajari dan menguasai bahasa itu.

Kini, pada usia 30 tahun, Sydney mengajar subjek Bahasa Inggeris di Kolej Vokasional Keningau (KV Keningau) di sini. Daerah ini adalah kawasan pedalaman yang terletak kira-kira 109 kilometer di selatan Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam tempoh lima tahun sejak mengajar di kolej itu, Sydney membuktikan dirinya adalah seorang guru yang komited dalam menjalankan tanggungjawab dan menerima pengiktirafan antarabangsa atas sumbangannya.

Baru-baru ini, Sydney yang berketurunan Kadazandusun dari Kampung Kiawan di Tambunan, Sabah, dinamakan sebagai pemenang Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2024 (CDTA) bagi Rantau Asia Tenggara dan Pasifik, bersama-sama lapan lagi yang mewakili rantau masing-masing di seluruh dunia.

Sydney memenangi anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap usahanya dalam memperkaya pengalaman pembelajaran penuntutnya menerusi program pertukaran dalam talian yang dimulakan beliau pada 2022, membabitkan beberapa kolej vokasional di Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia.

Hakim kagum dengan komitmen beliau dalam membantu membangunkan kemahiran bahasa Inggeris dan komunikasi pelajarnya yang tinggal jauh di kawasan pedalaman serta jarang keluar ke kawasan lain.

Dianjurkan oleh Cambridge University Press and Assessment (sebahagian daripada University of Cambridge di England dan merupakan peneraju dunia dalam penerbitan penilaian, pendidikan, penyelidikan dan akademik), CDTA merupakan pertandingan peringkat global dengan masyarakat umum - pelajar, ibu bapa atau guru lain - mencalonkan guru sekolah rendah dan menengah untuk dianugerahi pengiktirafan itu atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang mereka.

Panel hakim akan memilih sembilan pemenang peringkat rantau sementara orang ramai mengundi pemenang keseluruhan CDTA. Bagi CDTA 2024, pemenangnya masih belum diumumkan.

Menurut laman sesawang Cambridge University Press and Assessment, CDTA 2024 menerima hampir 15,000 pencalonan.

PROGRAM PERTUKARAN

Ditanya mengenai program pertukaran dalam talian itu, Sydney berkata idea tercetus apabila beliau menyedari ramai pelajarnya menjadi kurang berminat untuk belajar akibat burnout (lesu upaya) selepas terpaksa mengikuti pembelajaran dalam talian di rumah pada 2020 dan 2021, susulan penularan pandemik COVID-19.

"Bagi mereka, pembelajaran di rumah tidak sama (dengan belajar secara bersemuka di sekolah)," katanya.

Guru muda itu kemudian bekerjasama dengan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) bagi memulakan program pertukaran dalam talian, di mana pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam persekitaran baharu menerusi kelas yang dijalankan oleh guru di tempat lain di Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia.

SEAMEO VOCTECH adalah Pusat Serantau bagi Latihan Vokasional dan Teknikal yang ditubuhkan oleh SEAMEO pada 1990.

Edisi pertama program pertukaran selama tiga bulan itu bermula pada 2022. Sydney berkata seramai 112 pelajar dari empat negara, termasuk 45 daripada KV Keningau, menyertai program tersebut.

"Pada 2023, jumlah (peserta) meningkat kepada 252 orang dengan 70 adalah penuntut KV Keningau," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata, menerusi program pertukaran itu, pelajarnya bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi juga kemahiran komunikasi, kompetensi budaya dan pengetahuan melangkaui tajuk dalam kurikulum pengajian.

"Program ini melengkapi pembelajaran di dalam kelas," katanya, menambah pelajarnya bukan sahaja beroleh "kenalan baharu" tetapi juga mempelajari perkara dan subjek di luar tajuk kursus yang diikuti mereka.

Katanya, program itu masih diteruskan pada masa ini, dan beliau berharap projek tersebut dapat dijalankan secara fizikal pada masa akan datang.

TABIAT MEMBACA

Berkenaan langkah yang diambil bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajarnya, Sydney berkata beliau memupuk tabiat membaca dengan menggemblengkan elemen kesenian dan kesusasteraan dalam pembelajaran, memandangkan hampir kesemua penuntutnya adalah pelajar visual dan artis semula jadi.

"Contohnya, saya akan minta pelajar memilih buku cerita berbahasa Inggeris dari perpustakaan dan lukis komik mini berdasarkan bahagian kegemaran mereka di dalam buku itu dan kongsikan dengan kelas," katanya.

Mengimbau zaman sekolah rendah beliau, Sydney berkata, kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Inggerisnya menjadikan bahasa itu menarik untuk dipelajari.

Sydney yang turut fasih berbahasa Melayu serta bahasa ibundanya Kadazadandusun, berkata beliau mendapat inspirasi untuk menjadi guru daripada kedua orang tuanya yang merupakan warga pendidik.

Menurut beliau, bapanya bagaimanapun sudah bersara pada 2022.

Selain itu, kata Sydney, sebahagian besar ahli keluarganya seperti bapa saudara, ibu saudara dan sepupu juga terbabit dalam bidang itu.

Gemar membaca buku tulisan Mitch Albom dan Hanya Yanagihara, wanita itu berkata beliau berhasrat memperkenalkan dan menjalankan lebih banyak program antarabangsa untuk pelajarnya yang turut akan melibatkan guru-guru lain.

"Ini akan memberikan pengalaman pembelajaran yang baik untuk pelajar saya serta peluang bagi mereka meneroka dunia luar," tambahnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 02:05 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya..Ticer @dua_chzy kah ini?

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahh tahniah ticer sydney, beauty with brain. Manakala Cikgu chazey anda bile lg??xkn jd cikgu porem smp pencen kot..huhuhukkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 13-5-2024 02:22 PM
Cantiknya..Ticer @dua_chzy kah ini?

bukan dia lah. tpi mungkin suku sakat dia jugak
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cikgu.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 13-5-2024 06:23 AM
Wahh tahniah ticer sydney, beauty with brain. Manakala Cikgu chazey anda bile lg??xkn jd cikgu porem ...

Aiols rela jadik cikgu porem porever daripada menang award tapi bila berdepan dengan orang, socially awkward siap pakej sindir2 orang yang tanya soklan masa dia membentang macam sorang cikgu yang selalu menang award dari KV ni. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 13-5-2024 06:22 AM
Cantiknya..Ticer @dua_chzy kah ini?

Bukan. Sorry aiols dah kertu tak lawa lansung rupa karen dah sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko tau la Borneo kuat mengundi kan, so...Yeah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-5-2024 03:14 PM
Aiols rela jadik cikgu porem porever daripada menang award tapi bila berdepan dengan orang, social ...

Sheols camtu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-5-2024 07:34 AM
belilies replied at 13-5-2024 07:28 AM
Sheols camtu ke?


Bukan sheols. Senior sheols yang lagik veteraaaannnnn dah lama kat KVK (Kolej Vok Keningau) tu. Tak dinafikan heols rajin but...Yeah. Kesian kawan aku tu kena sindir. The hell. Depan ramai orang lagik tu masa symposium peringkat negeri. Tapi kebaikan heols dia rajin kasik naik students ngan cikgu2 under dia. Cuma satu hapa dia cakap aku tak faham masa symposium tu. Because he didn't connect or engage with people - membentang syiok sendiri jah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
KV Keningau ni memang selalu pemes sbb chegu2 English dia selalu masok mewakili international competition giteww
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 13-5-2024 03:53 PM
dua_chzy replied at 13-5-2024 03:32 PM
Bukan sheols. Senior sheols yang lagik veteraaaannnnn dah lama kat KVK (Kolej Vok Keningau) tu. Ta ...


Iolss rasa mcm boleh agak sapa yg chuols maksudkan. Heols pemes khenn dlm kalangan KV. Chegu yang selalu menang international awards kann? Nama dia selalu naek di buletin KV if I'm not mistaken giteww
Tapi nampak dlm webinar mcm biasa je. Uhukkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-5-2024 07:56 AM
antikorok replied at 13-5-2024 07:45 AM
Iolss rasa mcm boleh agak sapa yg chuols maksudkan. Heols pemes khenn dlm kalangan KV. Chegu Engli ...


Oiiii diam diaammmm haaaaahahahahahahaha

Part nampak biasa tu, haaarrrrr gitu la jugak sentimen aiollllssssss

Aiols simpulkan, camtu la kot kalau budak introvert pehtu potentially LGBT jadik cikgu. Kekekekeke. Sebab tu dia excellent buat paper work, design game la hapa segala mala.

Cuba soh ajar bebudak klas rempit. Coba. Tahan ke idok.

Btw kawan aiol tu kena sindir sebab deols knew each other dari study tapi perlu ke ponnnnn nak cakap perangai kawan aku tu memang gitu, depan beratus orangggg
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-5-2024 03:15 PM
Bukan. Sorry aiols dah kertu tak lawa lansung rupa karen dah sekarang.

Makin kertu sepatutnya makin cantik
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 13-5-2024 02:45 PM
bukan dia lah. tpi mungkin suku sakat dia jugak

Ticer pernah jumpa ticer chazey eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah cikgu
Bbrp hari lepas 2 org dapat tpt pertama dlm account kan
Nti cikgu jgn jadi terpaling ye mcm yg sorg tu hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-5-2024 03:15 PM
Bukan. Sorry aiols dah kertu tak lawa lansung rupa karen dah sekarang.

Haha baru nk tag uols..ingtkn uols ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by j3m4h at 14-5-2024 03:47 AM
dua_chzy replied at 13-5-2024 03:14 PM
Aiols rela jadik cikgu porem porever daripada menang award tapi bila berdepan dengan orang, social ...


Its okay cikgu…chuolss dah jd pendidik pon byk sumbangan dan pahala…sesambil gosip di porem kumpul dosa fulekkkk..gittewww..iols mmg xde bakat n kriteria as cikgu pon..sbb jenis cepat temper gittew..lelagi kalo kerenah dak2 hyper n buat bising…guru umpama lilin yg membakar diri menerangi org lain kekdahnye…hikkssss
By the way..Selamat Hari Guru sooner…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.065422 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list