CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia tak boleh leka dakyah antivaksin, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:21 AM | Show all posts |Read mode
M'sia tak boleh leka dakyah antivaksin - Dr Dzul

https://www.malaysiakini.com/news/705417

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan:  May 13, 2024 6:05 PM
Dikemaskini: 6:05 PM



Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hari ini mengingatkan Malaysia tidak terlepas daripada fenomena global penyebaran "maklumat salah" mengenai vaksin.

Dr Dzulkefly membangkitkan peningkatan ibu bapa yang menafikan vaksinasi untuk anak-anak mereka dan menimbulkan ancaman keseluruhan kepada kesihatan awam melalui kemunculan semula penyakit seperti polio dan difteria.

"Namun, kita tidak boleh leka. Ini kerana pihak-pihak tertentu kini semakin giat menyebarkan dakyah yang salah tentang vaksin.

"Ini bukan soal ilmu, kerana ilmu memerlukan disiplin dan pembuktian yang berterusan.



"Ini bukan soal pilihan, kerana pilihan memerlukan kebertanggungjawapan terutamanya kepada awam.

"Ini adalah soal penyelewengan maklumat dan fakta (atau misinformation) yang dipropagandakan oleh ideologi antisains, yang pada mulanya menular di Barat, tapi kini menjadi fenomena global,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan dan Sidang Kemuncak Imunisasi Kebangsaan 2024 di Putrajaya.

Acara sepanjang hari itu juga diadakan sempena Minggu Imunisasi Sedunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang ditandakan setiap tahun pada minggu terakhir bulan April.

Di Malaysia, Dzulkefly berkata kadar semasa vaksinasi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kekal tinggi iaitu melebihi 95 peratus bagi 10 vaksin utama yang diperlukan di bawah Rancangan Imunisasi Kebangsaan.



Selanjutnya, dia berkata kerajaan juga telah meluluskan vaksin kombinasi Tetanus-Difteria-Pertussis (DTAP) kepada ibu hamil bermula hujung tahun ini.

"Ia dijangka akan bermula pada hujung tahun 2024 untuk melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan penyakit Pertussis atau batuk kokol," katanya.

Vaksin satu dos itu sesuai diberikan kepada ibu hamil yang kandungannya berusia 27 hingga 32 minggu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046650 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list