CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6755|Reply: 0

[Tempatan] Pemilik tanah dikenal pasti!

[Copy link]
Post time 14-5-2024 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Pemilik tanah dikenal pasti!

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... tanah-dikenal-pasti

Mohd Khidir Zakaria
am@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Mei 14, 2024 @ 7:01am


LONGGOKAN sampah dikatakan bermula Oktober tahun lalu.

Port Dickson: Pemilik tanah di tepi sungai Kampung Jimah Lama di sini yang membenarkan lokasi itu dijadikan tapak pelupusan sampah haram, dianggap tidak bertanggungjawab dan kegiatan perlu dihentikan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) Hasnor Abd Hamid berkata, pihaknya maklum mengenai kewujudan tapak itu yang tidak menyenangkan penduduk dan mendatangkan kebimbangan.

Katanya, siasatan awal sudah dilakukan dan mendapati tapak terbabit yang banyak menghimpunkan sisa bahan binaan berada di kawasan terpencil dan di luar kawasan operasi MPPD.

"Bagaimanapun, MPPD memantau perkembangan kes ini. Kami dapatkan maklumat daripada pelbagai pihak untuk tindakan seterusnya.

"Kami juga bekerjasama dengan agensi pengurusan sisa pepejal dalam memastikan kawasan berkenaan bersih dan memberi keselesaan kepada penduduk," katanya ketika dihubungi.

Hasnor juga meminta penduduk bersabar dan memberikan pihaknya dan agensi lain masa untuk menyelesaikan masalah itu.

Katanya, MPPD sudah mengenal pasti pemilik tanah bertanggungjawab dan tindakan lanjut sedang diambil termasuk oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

"Saya difahamkan SWCorp sudah mengambil tindakan mengikut Seksyen 71(8) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)," katanya.

Mengikut Seksyen 71 (8) Akta 672, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan melonggok sisa pepejal tanpa kebenaran boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Harian Metro semalam melaporkan keluhan penduduk Kampung Jimah Lama kesal sebidang tanah seluas 0.4 hektar di tepi sungai dijadikan tempat longgokan sisa buangan termasuk bahan binaan.

Selain mencacatkan pemandangan, penduduk mendakwa tapak pelupusan sampah haram itu berisiko mengancam kesihatan selepas sisa buangan didakwa dibakar yang menjejaskan kualiti udara.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274665 Replies : 6782
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050115 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list