|
REAKSI kecewa Arteta dan pemain Arsenal selepas tamat aksi menentang Everton di Emirates.
London: Pengurus Arsenal Mikel Arteta berkata, pasukannya tidak boleh berpuas hati dengan menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bertekad Gunners akan terus memburu gelaran.
Arsenal mengejar rapat Manchester City sehingga ke garisan penamat untuk musim kedua berturut-turut namun sekadar muncul naib juara walaupun menang 2-1 ke atas Everton di tempat sendiri semalam.
Menurut Arteta, kelab tak boleh berpuas hati walaupun bangga dapat menyaingi City sehingga ke hari terakhir musim.
"Mereka (pemain Arsenal) menjalankan tugas dengan menakjubkan dan berusaha sehingga detik akhir untuk menjuarai EPL," kata pengendali dari Sepanyol itu kepada wartawan.
"Malangnya, kami sedikit ketinggalan dan gagal mendapat hadiah besar yang dimahukan kerana anda boleh rasa mereka sangat mengkehendakinya."
Bercakap selepas tamat perlawanan menentang Everton di The Emirates, Arteta yang menjadi penolong pengurus City Pep Guardiola selama empat tahun sebelum berpindah ke Arsenal bertekad mereka akan terus mengasak dan memburu gelaran liga.
"Kami dalam landasan tepat, jadi kami perlu benar-benar pastikan gigi dan gigitan mencengkam kerana kami mahu lebih lagi."
Arteta berkata, pasukannya juga perlu bangga susulan pertarungan sengit dengan City yang dianggapnya skuad terbaik dalam sejarah EPL setakat ini.
City menewaskan West Ham United 3-1 di Etihad semalam untuk menjuarai gelaran EPL keempat berturut-turut.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... senal-tak-putus-asa |
|
|
|
|
|
|
| |
|