View: 10142|Reply: 0
|
Kane cetus kebimbangan kem England
[Copy link]
|
|
KANE (kanan) masih bergelut dengan kecederaan belakang badan yang menyebabkan dia terlepas aksi terakhir Bundesliga bersama Bayern kelmarin. – AFP
MUNICH – Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel mendedahkan penyerang utamanya, Harry Kane masih bergelut dengan kecederaan belakang badan menyebabkan dia tidak beraksi ketika tewas 2-4 kepada Hoffenheim pada aksi terakhir Bundesliga kelmarin.
Ketiadaan Kane sememangnya amat dirasai Bayern apabila dilihat ‘tidak bermaya’ yang menyaksikan penyerang Hoffenheim, Andrej Kramaric meledak hatrik dalam aksi di Rhein Neckar Arena itu.
Situasi itu memberikan kebimbangan dalam kem England mengenai peluang kapten The Three Lions itu beraksi pada Kejohanan Euro 2024 di Jerman yang akan membuka tirainya pada 15 Jun ini.
“Harry (Kane) masih lagi menjalani rawatan bersama doktor peribadinya, disebabkan itu dia tidak bersama-sama pasukan untuk aksi Hoffenheim ini.
“Perkara ini sebenarnya sudah bermula sejak di Madrid lagi (ketika Bayern tewas 1-2 kepada Real Madrid pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah minggu lalu).
“Ketika itu dia terpaksa mengambil suntikan dan jalani terapi, tetapi keadaannya bertambah teruk selepas itu,” kata Tuchel.
England dijadualkan membuka kempen Kumpulan C menentang Serbia pada 17 Jun diikuti Denmark (21 Jun) sebelum melengkapkan saingan berdepan Slovenia (26 Jun).
Sebelum turun ke Jerman, skuad bimbingan Gareth Southgate itu akan bermain dua aksi persahabatan menentang Bosnia-Herzegovina dan Iceland pada 4 serta 8 Jun ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... bangan-kem-england/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|