CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2311|Reply: 0

[Melaka] Dua didakwa tipu jual Datuk, DPSM Melaka RM47,000

[Copy link]
Post time 4-6-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Low Kia Seng (belakang) dan Razizam Ali (depan berbaju biru) diiringi pegawai SPRM untuk membayar ikat jamin. FOTO NSTP /Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tiga tuduhan menipu seorang ahli perniagaan berkaitan pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri bagi gelaran 'Datuk', hingga mangsa membayar RM47,000, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Low Kia Seng, 58, dan Razizam Ali, 42, masing-masing, kontraktor dan Ketua Pembantu Tadbir, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Melaka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus dibacakan semua pertuduhan itu.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohamad Kamarul Jusoh dan Azrol Zulkifli Stork.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat bersama, menipu Seet Xiang Lin, 38, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa mereka boleh membantu mendapatkan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka iaitu Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk dengan membayar sejumlah bayaran.


Tertuduh didakwa secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang dalam tiga transaksi ke akaun Public Bank Berhad milik tertuduh pertama berjumlah keseluruhan RM47,000, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 1 Januari 2017 hingga 30 November 2018.

Jika disabitkan mereka boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan

sebatan dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Berikutan kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah, pendakwaan memohon tarikh sebutan baru untuk serahan dokumen dan mencadangkan jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM Melaka sekali sebulan dan pasport diserah kepada mahkamah.

Peguam Mohamad Kamarulzaman memohon jaminan dikurangkan atas alasan pendapatan anak guamnya sebagai kontraktor ubah suai rumah dengan kebanyakan pelanggan dari Singapura terjejas kerana pasportnya ditahan sejak November 2022 oleh SPRM.

Malah, katanya, tertuduh yang juga menghidap penyakit jantung dan menanggung seorang isteri dan anak merayu pasportnya dilepaskan.

Sementara itu, Azrul memohon anak guamnya dilepaskan dengan jaminan RM10,000 bercagar dan RM10,000 tidak bercagar kerana hanya bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM1,800 serta melakukan pekerjaan sampingan sebagai pemandu Grab.

Katanya, tertuduh juga menyara empat anak bersekolah serta bapa yang uzur selain tidak pernah gagal melaporkan diri ke pejabat SPRM Melaka selama dua tahun.

Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM30,000 setiap seorang berserta syarat tambahan dipohon pendakwaan dengan tertuduh kedua ditetapkan RM15,000 bercagar dan RM15,000 tidak bercagar.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 Julai depan untuk serahan dokumen.
https://www.bharian.com.my/berit ... dpsm-melaka-rm47000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.166769 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list