View: 5712|Reply: 19
|
Iqbal Mazlan hilang daya penglihatan, rayu bantuan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Apakah saya tidak popular hingga sukar dapat bantuan biarpun sudah buat permohonan?"
Itu luahan Iqbal Mazlan, 34, yang mendakwa rayuan mendapatkan bantuan daripada beberapa organisasi berkaitan seni bagai tidak diendah, selepas dua tahun hilang deria penglihatan hampir sepenuhnya.
Pelakon yang muncul juara musim pertama program pencarian bakat, Pilih Kasih ketika ini hanya mampu melihat biasan cahaya pada mata, sejak daya penglihatan hilang secara mengejut akibat jangkitan virus, pada 5 Mac tahun lalu.
Iqbal mendakwa dirinya seolah-olah disisih dalam soal agihan bantuan kepada artis yang berdepan masalah kesihatan dan hilang mata pencarian.
"Saya mengharapkan bantuan sementara. Sekarang saya ambil tiga rawatan berbeza, jadi, kos agak mahal. Kalau hendak bekerja semula, saya perlukan deria penglihatan.
"Kepada mana-mana persatuan seni atau sesiapa sahaja yang boleh bantu daripada segi kos rawatan, saya sangat mengharapkannya. Sudah lebih setahun saya tiada gaji dan hilang mata pencarian.
"Saya sangat berharap kalau ada yang boleh bantu. Sejak tahun lalu, beberapa yayasan yang saya mohon untuk dapatkan bantuan, semuanya senyap. Mengapa saya macam disisihkan? Adakah sebab tidak popular?
"Mesej yang dihantar kepada yayasan itu pun diabaikan. Tahulah saya ini tidak popular sangat, tetapi janganlah sampai abaikan. Saya bukan hendak minta bantuan sampai lebih RM100,000, tetapi sekadar yang mereka boleh beri sahaja," katanya.
Bagaimanapun, Iqbal memberitahu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menghubunginya untuk menawarkan bantuan dan sedang menanti perkembangan lanjut mengenai perkara itu.
Iqbal yang juga juara musim pertama program Pilih Kasih mendakwa tidak lagi mempunyai pendapatan sejak hilang penglihatan hingga terpaksa menjual barangan peribadi demi menyara hidup.
"Kereta sudah dipulangkan kepada bank dan barangan peribadi lain yang saya usaha beli dahulu, sudah dijual.
"Telefon bimbit yang digunakan ini pun tunggu masa sahaja hendak rosak. Sekarang, saya tidak boleh buat apa-apa.
"Kalau dahulu boleh buat kerja sambilan untuk cari duit poket, tetapi, sekarang duduk rumah sahaja," katanya yang membesarkan seorang anak angkat lelaki berusia 13 tahun.
Pada 4 Mac tahun lalu, Iqbal berkongsi penglihatannya kabur secara tiba-tiba selepas bangun daripada tidur hingga dirawat di Hospital Shah Alam, Selangor.
Iqbal mendakwa daya penglihatan hilang dalam tempoh dua hari dan doktor mengesahkan keadaan itu berpunca jangkitan virus yang terus menyerang mata.
Malah, doktor menyifatkan kes berkenaan jarang berlaku dan melakukan pemeriksaan terperinci terhadap masalah dialaminya.
Iqbal berkata, ketika ini, ada peningkatan terhadap keupayaannya melihat, namun, masih perlu menjalani rawatan.
"Keadaan mata saya masih sama. Sekarang saya sudah boleh nampak cahaya. Cuma, pergerakan itu terbatas. Saya hanya duduk di rumah bersama keluarga di Kapar, Klang.
"Saya ada buat rawatan terapi Cina di Petaling Jaya setiap minggu. Anggaran kos rawatan kira-kira RM200. Selain itu, saya sedang berusaha dengan rawatan Islam, tetapi, ustaz yang merawat minta untuk tidak berkongsi lagi soal itu," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya..semoga dipermudahkan urusan n cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nya moga ada yang bantu..kot ada account number tu bole sama2 chip in |
|
|
|
|
|
|
|
Turut simpati. Penting nya mata bila tiba2 tak boleh melihat terpaksa bergantung kat orang keliling. Mesti depressed giler. |
|
|
|
|
|
|
|
nikmat kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai.
aku dah lihat ramai ahli keluarga terdekat yang diuji dengan masalah kesihatan yg pelbagai... insaf sangat rasa.
adik aku disahkan OKU penglihatan di usia 40 tahun. imagine selama ni selamba drive ke hulu ke hilir, sekarang nak ke mana2 pon meraba2. masih bole melihat samar2.. buat kerja rumah simple2.. tapi tidak boleh bekerja.
sangat down. nikmat yang Allah pinjamkan ditarik semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiann...semoga d permudahkan urusan |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 5-6-2024 04:07 PM
nikmat kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai.
aku dah lihat ramai ahli keluarga terdekat yang ...
Takziah untuk adik you sis. Moga Allah swt beri dia kekuatan menjalani hari2 di depan.
Itu lah ujian tuhan nak bagi untuk hambaNya. Dan ujian juga bagi kita ahli keluarga/jiran/kawan2 untuk sama2 ringankan beban dia. Orang kata berat mata memandang apalagi bahu yang memikul. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan beliau, semoga diberi kesembuhan.. aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 5-6-2024 04:07 PM
nikmat kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai.
aku dah lihat ramai ahli keluarga terdekat yang ...
Apa yang membuatkan dia dah tak nampak? DalamTT ada orang nama danisheddy certia doktor bagi dia ubat yang ada steroid. Dia letak dlm mata terus buta |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang membuatkan dapat virus? Ke sebab bela kucing kena situ. Meols tgk ada gambar he dgn kucing |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan urusan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo makcik iols penah kena jangkitan virus ni
sebelah mata dia tak nampak
moga diberikan kesembuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Iqbal Ni kena infection CMV.
Heols bela byk kucing.
Sekarang tinggal sekor je. |
|
|
|
|
|
|
|
diabetis. tak control, tak makan ubat. Tau2 je mata kelabu.. rupanya dah teruk.. and now effect kidney juga. Dialisis 3x seminggu.
asalnya detect diabetes masa remaja.. masa tu baru sikit.. tapi tak jaga bebetul. tak pegi klinik secara berkala.. ingat mcm ok2 je kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar kesiannya adik awak. Moga dipermudahkan segala urusan beliau. Dia bekerja? Kenapa ye tiba2 jadi gitu? Ada simtom tak sblm kehilangan penglihatan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Owhh punca nya...Nak dijadikan asbab. Moga dipermudahkan segala urusan dia. Kesian pulak bila tiba2 hilang penglihatan. Moga dia tabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanx.
Dia normal je sebelum ni.. bekerja mcm biasa.. tapi ada diabetis sejak remaja. Culas makan ubat dan checkup.
Sampaila satu masa.. dia rasa mata dia kelabu.. x clear.. pegi kedai spec utk buat spec, optometris tu kata takleh pakai spek.. ni bkn sebab rabun.. refer hospital.. ophtamologist check.. pendarahan dlm mata..
gitula permulaannya.. sampai skrg.. bole nampak kelibat orang, tapi takleh nak cam siapa. Boleh baca henfon.. kena pakai fon yg bole zoom in dan yg ada function utk orang buta. kalau nak beli apa2 ke... dia lagi suka beli online sebab bole zoom in.. bole nampak. Kalau tengok in real life.. dia x nampak pon corak baju..
|
|
|
|
|
|
|
|
Owhhh diabetis sejak ramaja ni atas faktor ape ye? Keturunan? Maaf, byk lak tanya. So skrg, mata dia totally rabun je ke or terus xnampak?
|
|
|
|
|
|
|
|
faktor keturunan tu antara penyebab terbesar la..
diabetis ni penyakit diwarisi.. kalau mak pak ada diabetis, anak berisiko tinggi utk kena..
dengan corak pemakanan yang tak jaga.. lagi awal bole dapat diabetes.
my mom, my uncle, my nenek semua ada diabetes. biasala orang kata diabetes ni penyakit common di kalangan rakyat Malaysia.
well.. dah dia ada faktor genetic, memangla ramai.
even me myself pon.. sangat berjaga2. especially time pregnant dulu.. takut sangat sangkut diabetes.
Alhamdulillah tak sangkut. Now di usia 40+ kena la berjaga bab pemakanan.. risiko untuk dapat diabetes lebih tinggi sebab dah ada faktor history keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu Sis... sgt risau dgn penyakit yg pelbagai skrg... dah mcm2 penyakit timbul nowadays. Take care dik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|