View: 7609|Reply: 0
|
[Selangor]
Lori tangki minyak sawit bocor 'bikin' panik
[Copy link]
|
|
Insiden kebocoran sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit di Kilometer 425.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan, dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung. FOTO IHSAN FB LUAS
Hulu Selangor: Sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit mengalami kebocoran berhampiran Kilometer 425.2, Lebuhraya PLUS arah Selatan berhampiran Bukit Tagar di sini.
Difahamkan insiden itu berpotensi menyebabkan risiko pencemaran kepada sumber air mentah di tiga loji rawatan air (LRA) utama negeri.
Tiga LRA itu adalah Rantau Panjang yang berada pada jarak sekitar 20.7 kilometer (km), diikuti SSP1, SSP2 dan SSP3 (25.4 km).
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 12 tengah hari semalam dan segera bertindak bagi mengawal tumpahan minyak itu.
"Pasukan LUAS segera ke lokasi dan mendapati minyak sawit berkenaan memasuki longkang berhampiran.
"Tindakan kawalan segera dilakukan dengan meletakkan 'oil pad' bagi menyerap sisa minyak terkumpul," katanya menerusi hantaran di Facebook. semalam
Sementara itu PLUS berjaya mengawal tumpahan minyak daripada terus mengalir dengan meletakkan serbuk kayu bagi menyerap sisa minyak di atas jalan dan di alur longkang lebuh raya.
Agensi itu berkata, kebocoran lori tangki itu sudah dibaiki pemilik sebelum kenderaan itu beredar dari lokasi kejadian.
"Semakan lanjut mendapati tiada sebarang aliran tumpahan minyak mengalir ke anak sungai berhampiran.
"Kerja-kerja pembersihan sisa tumpahan minyak di kawasan kemudian selesai dilaksanakan pada jam 3.30 petang," katanya.
Sehubungan itu, LUAS merakamkan penghargaan PLUS kerana berjaya mengawal risiko insiden itu daripada mencemarkan sumber air negeri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-bocor-bikin-panik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|