View: 7368|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Guna MyKad palsu, milik orang lain: 7 ditahan
[Copy link]
|
|
Tujuh pengawal keselamatan warga Filipina ditahan kerana memiliki MyKad orang lain dan kad pengenalan palsu. FOTO Ihsan JPN
Kuala Lumpur: Tujuh pengawal keselamatan ditahan kerana memiliki MyKad individu lain dan kad pengenalan palsu dalam Ops Pengawal Keselamatan di sekitar Puchong, Selangor semalam.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, serbuan dijalankan susulan risikan selama dua minggu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya berjaya menahan tujuh orang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang wanita.
"Kesemua suspek disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan MyKad orang lain sebagai identiti mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesemua suspek adalah warga Filipina berusia 36 hingga 62 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut
Peraturan 25(1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rang-lain-7-ditahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|