View: 2148|Reply: 0
|
TFC fokus serangan, kecergasan hadapi Piala FA
[Copy link]
|
|
Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner (kiri) menumpukan untuk mempertajamkan jentera serangan menghadapi Perak FC pada aksi pusingan 16 terakhir Piala FA 14 Jun ini. – Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Menjelang aksi pusingan 16 terakhir Piala FA berdepan Perak FC 14 Jun ini, jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner kini fokus untuk mempertajamkan lagi jentera serangan.
Jelas pengendali kelahiran Croatia itu, tumpuannya juga terarah kepada tahap kecergasan anak buahnya terutama selepas tempoh rehat tanpa perlawanan hampir tiga minggu.
"Fokus pertama kami dalam tempoh ini untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan kerana hampir tiga minggu tanpa perlawanan kompetitif.
"Pada masa sama juga kami turut fokus bagi menajamkan lagi bahagian serangan dan taktikal sebelum berdepan Perak FC biarpun setakat ini selepas tiga perlawanan kami berjaya menjaringkan enam gol.
"Tapi ini bukan bermakna posisi lain saya tidak beri penekanan. Bahagian pertahanan, tengah dan juga penjaga gol turut dipertingkatkan lagi.
"Apa yang saya harapkan semua pemain perlu bagi tumpuan 100 peratus selain perlu bekerja keras kerana perlawanan itu nanti menentukan pasukan mana layak ke suku akhir," katanya ketika dihubungi.
Ketika ditanya adakah beliau berpuas hati dengan corak permainan pasukannya selepas tiga perlawanan Liga Super, bekas pengarah teknikal TFC Sdn Bhd itu tanpa berselindung mengakui belum mencapai petunjuk prestasi utama yang diinginkan.
"Sudah tentu saya mahu permainan berkualiti dalam setiap perlawanan serta konsisten. Dalam tiga perlawanan lalu secara keseluruhannya saya tidak berpuas hati sepenuhnya."
Dalam tiga perlawanan pertama Liga Super, TFC menumpaskan Perak FC 3-1, seri 0-0 dengan Penang FC dan menang 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim.
https://www.bharian.com.my/sukan ... san-hadapi-piala-fa |
|
|
|
|
|
|
| |
|