View: 2023|Reply: 0
|
Iceland beri tamparan pada England
[Copy link]
|
|
PEMAIN tengah England Phil Foden dikawal ketat barisan pemain Iceland. -FOTO AFP
London: Gareth Southgate menegaskan kekalahan memalukan 0-1 England kepada Iceland dalam aksi pemanasan terakhir mereka sebelum Euro 2024 akan menjadi ujian yang berguna kepada barisan pemainnya.
Skuad Southgate mengharapkan kemenangan yang akan meningkatkan keyakinan di Wembley sebelum bertandang ke Jerman sebagai salah satu pasukan pilihan Euro.
Tetapi gol separuh masa pertama Jon Dagur Thorsteinsson merosakkan harapan England dan menyebabkan prestasi yang hambar itu diejek penonton pada separuh masa dan wisel penamat.
Menentang pasukan yang menduduki ranking ke-72 dunia dan tidak layak ke Euro kali ini, Cole Palmer, Anthony Gordon dan Kobbie Mainoo gagal membuktikan yang mereka berhak berada dalam kesebelasan utama di Euro nanti.
"Kami perlu menjadi lebih baik. Kami tidak memberi tekanan yang betul. Terdapat soalan yang diajukan yang tidak dapat kami jawab," kata Southgate.
"Saya yakin kami akan lebih baik berbanding malam ini. Semua orang berkata yang kami akan mudah mengharungi kejohanan itu. Realiti bola sepak antarabangsa tidak begitu," kata Southgate.
Lebih membimbangkan buat Southgate, John Stones tidak bermain semula selepas rehat susulan bek tengah England itu terjatuh di babak pertama.
Menurut Southgate, kesebelasan utamanya adalah bayangan kepada skuad yang akan turun menentang Serbia pada aksi pembukaan Kumpulan C di Gelsenkirchen pada 16 Jun.
Penyokong yang bosan di Wembley menghiburkan diri sendiri dengan bermain kapal terbang kertas di stadium.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mparan-pada-england |
|
|
|
|
|
|
| |
|