View: 10411|Reply: 0
|
Cools tuntut pemain kembali fokus
[Copy link]
|
|
KETUA pasukan negara, Dion Cools. -FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Ketua pasukan negara, Dion Cools mahu rakan sepasukannya melupakan aksi dengan Kyrgyzstan dan segera mengubah fokus menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
Cools yang ditemubual selepas aksi dengan Kyrgyzstan di sana menegaskan pemain negara perlu mengubah mentaliti dengan memberi tumpuan membenam skuad Blue Wings dengan jumlah jaringan yang besar.
"Saya rasa kita beraksi bagus pada babak pertama tetapi untuk babak kedua sedikit kurang. Kita mahu menang perlawanan ini tetapi keputusan seri adalah wajar.
"Sudah jelas apa yang patut kita buat nanti, kita perlu menang dan jaringkan banyak gol menentang Taiwan.
"Jadi kita perlu menukar mentaliti kita dengan cepat bagi perlawanan pada Selasa depan untuk meraih kemenangan," kata Cools.
Menerusi keputusan seri di Bishkek itu menyaksikan pasukan negara kekal di tangga ketiga Kumpulan D dengan tujuh mata, ketinggalan tiga mata di belakang Kyrgyzstan di tempat kedua.
Malaysia wajib menang besar ke atas Taiwan di SNBJ sambil mengharapkan Oman mampu menewaskan Kyrgyzstan dengan jaringan besar di Muscat.
Oman pula sudah mengesahkan slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas meraih 12 mata daripada lima aksi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... emain-kembali-fokus |
|
|
|
|
|
|
| |
|