CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4744|Reply: 0

Usah biar pisang berbuah dua kali

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Ong Kim Swee. -FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Adakah insiden 2019 babitkan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara di Kelayakan Piala Asia B-23 bakal berulang lagi dengan melekat ke skuad kendalian Kim Pan-gon Selasa ini?

Itu persoalan yang timbul selepas jadual aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 babitkan pertemuan antara Malaysia dan Taiwan, serta aksi Oman bertemu Kyrgyzstan tidak dijalankan secara serentak apabila sebaliknya perlawanan di Muscat berlangsung selepas tamatnya aksi di Bukit Jalil.

Situasi itu nyata memberi kelebihan buat Kyrgyzstan berbanding skuad Harimau Malaya yang terpaksa memburu kemenangan dengan jaringan besar, di kala skuad The White Falcons hanya memerlukan keputusan seri dengan Oman yang sudah pun layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selaku juara Kumpulan D.

Kalau anak buah Pan-gon benar-benar 'mengganas; dengan meraih kemenangan lebih lapan gol tanpa balas, ia tetap tidak membawa apa-apa makna jika Kyrgyzstan seri dengan Oman untuk mara selaku naib juara kumpulan.


Ironinya senario itu pernah berlaku kepada skuad B-23 negara pada 2019 lalu, apabila pasukan yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee diikat China 2-2 dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Shah Alam dengan mengumpul tujuh mata.

Sebaik aksi berkenaan tamat jam 11 malam, tiga perlawanan di Asia Barat berlangsung tepat jam 12 tengah malam dengan tiga keputusan perlawanan antara pasukan 'Pak Arab' berakhir seri, untuk menyaksikan Iraq, Arab Saudi dan Syria layak selaku empat naib juara terbaik sekali gus menyingkirkan Malaysia daripada perebutan menerusi slot itu.

Kekecewaan nyata menyelubungi barisan pemain B-23 termasuk peminat negara yang tidak menyangka keputusan di Asia Barat berakhir seri, lantas tidak mustahil skrip sama berulang.

Arena Metro berjaya mendapatkan maklum balas Kim Swee berkongsi situasi itu dan jurulatih Sabah FC itu berharap pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke slot berikutnya iaitu Oman tampil dengan sikap profesional dengan memberi tentangan sengit kepada lawan.

"Kita tak boleh nak kawal keadaan ini lebih-lebih lagi kalau kita tahu yang sebelah Asia Barat seperti mana kita pernah kena dulu. Kita tahu di mana keputusan perlawanan terakhir antara pasukan yang terbabit, akan ditentukan perlawanan yang tamat terlebih dahulu.

"Kalau macam itu kita kena pastikan kita dapat keputusan yang kita nak. Tetapi apa yang berlaku selepas itu tiada dalam kawalan kita.

"Jadi apa yang kita boleh buat, kita kena pastikan tugas kita dilaksanakan dan lebih daripada itu kita harap satu perlawanan yang akan diambil berat oleh kedua-dua pasukan terutama pasukan yang telah layak," kata Kim Swee.

Ujarnya lagi, beliau berharap perkara ini dapat ditangani di masa akan datang oleh penganjur kejohanan khususnya apabila ia membabitkan Kelayakan Piala Dunia yang sepatutnya berlangsung serentak pada perlawanan terakhir agar semangat kesukanan tidak diabaikan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ng-berbuah-dua-kali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.187654 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list