CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4956|Reply: 0

Harimau Malaya tempang tanpa Arif, Faisal

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:18 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon - FOTO FAM

Kuala Lumpur: Ketiadaan dua bintang sensasi Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim tidak akan menjejaskan misi memburu 'sedozen' gol apabila turun menentang Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Selasa ini.

Ia dinyatakan pengendali pasukan, Kim Pan-gon yang tidak melihat ketiadaan Arif Aiman dan Faisal bakal mengganggu perancangan pasukan untuk mengamuk di SNBJ.

Jelas Pan-gon, beliau percaya dengan barisan pemain yang dipertaruhkan kali ini sambil berharap rentak ketika membelasah Papua New Guinea 10-0 pada aksi persahabatan antarabangsa tahun lalu diulangi ketika melayan kunjungan skuad Blue Wings.

"Sedikit sahaja kesan (ketiadaan Arif Aiman dan Faisal), tapi saya fikir kami akan gunakan apa yang ada (pemain yang ada) di mana barisan ini juga mampu.


"Malah, kita ada sedikit pengalaman berdepan Taiwan sebelum ini dan kita juga ada pengalaman menang 10-0 sebelum ini. Jadi tiada apa yang mustahil," kata bekas jurulatih kebangsaan Hong Kong itu.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan khidmat dua pemain lincah Arif Aiman dan Faisal Halim yang mengalami kecederaan.

Arif Aiman yang juga pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) mengalami kecederaan di kaki manakala ayam tambatan Selangor FC, Faisal Halim diserang oleh dua individu yang menyimbah asid di badannya.

Selain dua bintang itu, empat lagi tonggak utama diketepikan juga ekoran kecederaan iaitu tiga penyerang babitkan Darren Lok, Romel Morales dan Syafiq Ahmad serta penjaga gol Syihan Hazmi.

Skuad negara wajib menang besar ke atas Taiwan di SNBJ sambil mengharapkan Oman mampu menewaskan Kyrgyzstan di Muscat.

Oman pula sudah mengesahkan slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas meraih 12 mata daripada lima aksi, diikuti Kyrgyzstan dengan 10 mata, Malaysia tujuh mata dan Taiwan tanpa sebarang mata.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... g-tanpa-arif-faisal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.126950 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list