CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3756|Reply: 1

[Terengganu] Bot Vietnam menceroboh lagi

[Copy link]
Post time 10-6-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

BOT nelayan Vietnam yang ditahan ketika menceroboh perairan Terengganu. FOTO ihsan APMM

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata, bot terbabit ditahan pada kedudukan 97 batu nautika Timur Laut Muara Kuala Terengganu pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, bot nelayan asing itu ditahan kapal peronda Maritim Malaysia dalam siri Ops Naga Barat.

Katanya, selepas diperiksa didapati 10 kru termasuk tekong warga Vietnam berusia antara 30 hingga 60 tahun gagal mengemukakan sebarang pengenalan diri yang sah.

"Mereka juga disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan dan anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM1 juta.

"Bot dan kru serta tekong dibawa ke Jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut manakala tekong dan kru bot disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Menurutnya, jika didapati bersalah, tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta manakala RM100,000 bagi setiap kru atau penjara tidak melebihi selama dua tahun.

Katanya, APMM Terengganu merekodkan 13 kes pencerobohan nelayan asing pada tahun ini dengan jumlah anggaran nilai rampasan mencecah RM13.5 juta dan 103 kru termasuk tekong ditahan.

Beliau berkata, dalam pada APMM Terengganu akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar perairan negara khususnya di Pantai Timur.

"Aset-aset diatur gerak bagi melakukan rutin rondaan sehingga ke sempadan perairan negara untuk mengekang kejadian pencerobohan, penyeludupan dan jenayah laut lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nam-menceroboh-lagi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi ajar sikit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.253686 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list