CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4424|Reply: 6

[Jenayah] Dealer Tak Tarik Handbrake, Perodua Ativa Mengundur Menyebabkan 2 Motosikal Kemalangan!

  [Copy link]
Post time 10-6-2024 08:31 PM | Show all posts |Read mode


Pada hari semalam tular satu klip video menunjukkan sebuah Perodua Ativa mengundur sehingga menyebabkan kemalangan sejurus pemandu meninggalkan kereta di perkarangan kawasan dealership.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata tidak menarik brek tangan dengan kemas menjadi punca kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), lapor Kosmo.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.20 pagi itu apabila pemandu lelaki yang bekerja sebagai penasihat jualan meletakkan kenderaan di hadapan pejabat Perodua Balakong.

“Disebabkan tidak menarik brek tangan dengan kemas, kenderaan tersebut mengundur keluar sehingga ke jalan utama lalu menyebabkan dua penunggang motosikal melanggar bahagian kiri kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kemalangan, penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian Perodua Ativa tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Nor Shahidan di talian 012-3910630 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Rule 14 LN 166/59.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2024 08:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka servis kat sini dulu..
Sebab lepas servis kete..boleh basuh kete free
Skang tak tau lah sebab iols takde servis situ dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hri tu sewa ativa, x sangka laju kereta ini tapi anak aku dok gado kt belakang sbb sempit, benda ini x berlaku pun kt bezza biarpun jln jauh
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bodo nk mampus manusia mcm ni. jns selfish buat keje asal boleh. aku plg benci jns mcm ni. asal boleh. pastikan di denda kaw2 biar trauma padan dgn menyusahkan org tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti jnis buat apa pon asal boleh. Tutup pintu kereta pon mls. Jnis xsuka usaha hbis2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2024 05:39 AM | Show all posts
so memang staff la ye drive kereta customer..
kalau i jadi customer tu, i demand kereta baru terus..
or else i saman sebab kecuaian staff kereta i jahanam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.229584 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list