CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3861|Reply: 6

Terjumpa Pelbagai Barang Mistik Dalam Rumah, Wawa Zainal Trauma ‘Diganggu’ Dan Enggan Tonjolkan Diri

[Copy link]
Post time 16-6-2024 06:59 PM | Show all posts |Read mode




Pelakon, penerbit, dan usahawan Wawa Zainal baru-baru ini berkongsi pengalaman berdepan dengan perkara mistik apabila menemukan beberapa objek aneh di rumahnya.


Menurut sumber laporan portal berita, Wawa menceritakan insiden tersebut yang telah berulang beberapa kali sejak beliau dan suaminya, Aeril Zafrel, mendirikan rumah tangga.


“Jumpa barang-barang pelik di rumah. Baru-baru ini pun ada juga saya jumpa. Di rumah, saya jumpa tiga atau empat hari lepas, batang pinang, limau dan wang syiling yang dibakar,” katanya.


Menurut Wawa, insiden ini bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka. Sebelum ini, pasangan ini juga pernah mengalami kejadian di mana syiling ‘keluar’ dari badan mereka.


“Jadi, harapnya, benda ini tidaklah berlanjutan. Kami amalkan amalan-amalan (mengikut agama) sahajalah,” tambahnya, merujuk kepada amalan keagamaan yang mereka lakukan untuk melindungi diri.


Kejadian-kejadian mistik yang dialami membuatkan Wawa berasa trauma dan mempertimbangkan untuk tidak terlalu menonjol di khalayak ramai.






“Takut sebenarnya sebab hati orang, kita tak boleh nak baca. Kadang, nak kongsi pun saya takut. Kalau boleh saya nak di belakang tabir sahaja sekarang sebab dah trauma dah,” ujarnya.


Namun begitu, kerana perniagaannya, Wawa tidak dapat sepenuhnya berada di belakang tabir.






“Tapi, sebab perniagaan saya, saya tak boleh berada di belakang,” jelasnya.


Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, Wawa dan Aeril telah berubat, namun mereka memilih untuk tidak mengetahui siapa yang mungkin bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.


“Bila berubat, tak nak tahu siapa yang ‘buat’ sebab nanti takut timbul rasa tak seronok pula kan,” katanya.


Wawa juga bersyukur kerana insiden-insiden tersebut tidak meninggalkan kesan ketara kepada anak-anak mereka.








“Anak-anak, sebelum ini ada yang menangis dan sebagainya. Tapi, sekarang dah tak ada dah. Semoga kami dilindungi daripada benda-benda itu. Saya pun takut nak cakap,” ujarnya lagi.


Wawa turut menegaskan bahawa individu yang melakukan perbuatan tersebut tidak takut akan balasan di akhirat atau kifarah di dunia.


“Orang yang buat ini tak takut. Kita kalau nak buat orang, mesti kita akan terfikir balasan di akhirat dan kifarah di dunia. Tapi, itulah. Manusia lain-lain hatinya. Jadi, kita tak boleh menilai,” katanya.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 09:18 PM | Show all posts
tau2 bunting
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tunjukla byk2 sweet korg kat medsos etc.. dh org hantar gift merempan pulak kata tk tunjuk apa2.. phuikk... sampah much  
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Whos next ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit byk2 tu pegi bawak anak ko jumpa dentist.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuci cuciii Malaysiaaaaa geng pn hamlau ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk jual apa pulak ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.054154 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list