View: 12835|Reply: 2
|
Pelawak Dan Isteri Direman, Sebar Maklumat Dalaman Polis.Siapakahh?
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM -- Seorang pelawak dan isterinya ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, lapor Sinar Harian.
Penahanan dua individu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sewaktu dihubungi.
Sekitar jam 7 petang, pasangan suami isteri berumur 37 dan 38 tahun terbabit hadir ke Balai Polis Seksyen 9 bagi memberi keterangan sebelum ditahan.
Kedua-dua mereka direman selama dua hari sehingga Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Shah Alam dan polis turut merampas telefon bimbit pasangan itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Sebelum ini, gambar program lawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Sahabudin Abd Manan tular di aplikasi Telegram sewaktu program lawatan di IPD Shah Alam. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap bukan forumer ci.
![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|