CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9053|Reply: 0

Perancis gagal tepati ramalan

[Copy link]
Post time 11-7-2024 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 10-7-2024 11:47 PM




Pemain Sepanyol, Dani Olmo menjaringkan gol kemenangan Sepanyol ketika berdepan Perancis pada separuh akhir di Munich Football Arena dekat Munich. - Foto REUTERS


MUNICH, Jerman: Penyokong Perancis merasai suasana duka sebentar tadi ketika menyaksikan pasukan mereka tewas 1-2 kepada Sepanyol seterusnya tersingkir daripada Euro 2024.

Ia berikutan satu lagi persembahan mengecewakan ketika mereka tiba sebagai satu daripada pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini.

Diketuai sekumpulan pemain terkenal termasuk kapten, Kylian Mbappe, Perancis pulang dengan hanya menjaringkan satu gol dalam permainan terbuka dalam aksi terakhir.

Mbappe juga gagal mendatangkan perbezaan buat pasukannya apabila dia dijangka akan menjadi tarikan utama.


Pemain Perancis, Kylian Mbappe (kiri) mengawal bola di depan pemain Sepanyol dalam aksi perlawanan di Munich Football Arena. - Foto AFP

Selepas mendahului, Perancis membenarkan Sepanyol bangkit menerusi dua gol dalam empat minit sebelum tamat babak pertama dan tidak benar-benar mengancam lawan mereka yang gembira mengekalkan kelebihan tipis itu.

Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente dikritik selepas aksi suku akhir kerana bermain terlalu konservatif dengan hanya satu gol berdepan Jerman ketika lawan itu mengasak bertubi-tubi dengan melakukan 13 cubaan pada babak kedua.


Pengurus Sepanyol, Luis de la Fuente. - Foto AFP

Berdepan situasi sama berdepan Sepanyol yang kehilangan tiga pemain utama kerana kecederaan dan penggantungan, Perancis tidak menunjukkan tanda mahu mengurangkan defisit itu walaupun pengurus, Didier Deschamps membuat empat pertukaran pada babak kedua.

Perancis gagal memberi tekanan berdepan pertahanan Sepanyol yang dilihat selesa menghantar bola sekitar lawasan mereka hingga tamat perlawanan.

Selain tandukan Randal Kolo Muani, Perancis hanya membuat dua percubaan lagi terhadap sasaran dan ketika mereka ketinggalan, skuad berkenaan tidak mampu menghasilkan kombinasi mudah sebaliknya pemain hanya membuat sepakan jauh melepasi gawang sebanyak enam kali.

Keputusan Deschamps meletakkan tonggak, Antoine Griezmann di bangku simpanan nyata memberi kesan ketika Perancis hanya menang sekali dalam lapan aksi apabila pemain itu tidak beraksi. - REUTERS


Pemain Perancis, Randal Kolo Muani (tengah) diasak dua pemain Sepanyol dalam aksi di Munich Football Arena. - Foto Reuters



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.041387 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list