CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58646|Reply: 0

[Johor] Nak lari SJR sanggup pandu lawan arus

[Copy link]
Post time 21-7-2024 08:04 AM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki yang melarikan diri dari sekatan jalan raya dengan memandu secara melulu dan melawan arus berjaya diberkas di Jalan Tristan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS


Iskandar Puteri: Mahu mengelak dari pemeriksaan Sekatan Jalan Raya (SJR) menyebabkan seorang lelaki nekad memandu lawan arus sejauh kira-kira 30 kilometer (KM) di Jalan Persiaran Indah di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios warna putih.

Katanya pada mulanya lelaki tersebut ditahan dalam SJR berkenaan yang diadakan dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi untuk pemeriksaan, sebelum melarikan diri.

"Pihak polis mengejar kereta berkenaan dan lelaki tersebut terus memecut keretanya dengan kelajuan 130 KM dalam usaha meloloskan diri.

"Suspek bertindak agresif bukan sahaja memandu melawan arus tetapi juga mengabaikan isyarat lalu lintas dan memandu pada kelajuan tinggi hingga membahayakan pengguna jalan raya lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Mohd Azlan, bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya ditahan di Jalan Tristan, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

"Kes disiasat di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

"Suspek turut mempunyai satu rekod lampau iaitu kes bawah Seksyen 45A(1) APJ 1987 dan ujian saringan kencing negatif dadah," katanya.

Mohd Azlan berkata dalam pemeriksaan SJR terbabit sebanyak 20 individu dan 15 kenderaan diperiksa.

Katanya sebanyak 11 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

"Dua lelaki tempatan berumur 35 dan 40 tahun turut ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Kes disiasat bawah seksyen 45A(1) APJ 1987.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.072039 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list