CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18639|Reply: 0

[Sabah] The 2nd Kinabalu Park Charity Run kembali pada 9 November 2024

[Copy link]
Post time 26-7-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode


JAYAKAN: Christina (dua kiri), Ravi (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) secara rasminya menyokong program 'The 2nd Kinabalu Park Charity Run' yang dijadualkan pada 9 November depan.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, sokongan diberikan selepas menerima taklimat khas daripada Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Sanctuary Lodges (SSL), Ravi Kathiravelu dalam satu kunjungan hormat pada Khamis lalu.

Katanya, program dengan tema 'Run & Pave A Path For Hope' dianjurkan bersama Taman-Taman Sabah dibawah pimpinan Pengarahnya, Dr Maklarin Lakim.

"Aktiviti diadakan bagi tujuan baik iaitu mempromosikan bukan sahaja kesihatan dan kesejahteraan tetapi juga kesedaran sekali gus menjana dana amal.

"Acara berkenaan akan diadakan di tapak UNESCO Triple Crown dengan pemandangan semula jadi yang terindah sekali," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) mencontohi usaha seumpamanya bagi membantu mereka memerlukan, aktiviti itu sudah pasti akan mempunyai impak positif dalam komuniti.

Ketika menyampaikan taklimat, Ravi berkata, larian sama tahun lalu berjaya menjana sejumlah RM153,376. Dana berkenaan kemudiannya disalurkan secara saksama kepada dua penerima iaitu badan Starfish Malaysia Foundation dan Pertubuhan Perkhidmatan Paliatif Kota Kinabalu Sabah (PCAKK).

"Kejayaan seumpamanya mampu memberikan impak positif dan perubahan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar SSL Kueh Lian See berkata, pada tahun ini, pihak penganjur meletakkan sasaran yang lebih banyak berbanding tahun lepas.

Hadir sama Pengarah Kewangan SSL Tim Liew dan Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Eric Liaw.

Pendaftaran 'The 2nd Kinabalu Park Charity Run' kini dibuka. Untuk maklumat lanjut boleh melayari suterasanctuarylodges.com.my/kinabalu-park-charity-run-2024.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.227990 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list