CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48018|Reply: 0

[Johor] 6 MPV polis kejar kereta pasangan kekasih

[Copy link]
Post time 27-7-2024 01:20 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular memaparkan enam MPV polis mengejar sebuah kereta di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru Rabu lalu. - Foto tular


JOHOR BAHRU: Polis menahan pasangan kekasih yang melarikan diri daripada polis di Taman Impian Emas, Skudai, Rabu lalu.
Dalam kejadian yang tular di media sosial, dua individu berkenaan ditahan selepas enam kereta peronda polis (MPV) mengejar kereta mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata MPV polis mengejar kereta dipandu suspek lelaki itu bermula di Taman Impian Emas dan melalui beberapa jalan lain di daerah ini sebelum kembali ke Taman Impian Emas dan ditahan.

"Siasatan mendapati pemandu kereta iaitu suspek lelaki melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Taman Impian Emas, Skudai.

"Kita menahan seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 27 dan 20 tahun.

"Saringan awal air kencing mendapati kedua-dua mereka positif methamphetamine," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ketika kejadian, terdapat seorang kanak-kanak yang juga anak kepada suspek wanita.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan yang tular di media sosial menyatakan kes berkenaan adalah kes culik kanak-kanak.

Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan insiden enam buah MPV yang sedang mengejar sebuah kereta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.055007 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list