CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 0

'Kami cuba semampu yang boleh'

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:36 AM | Show all posts |Read mode




KEJAYAAN program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dicetuskan sejak November tahun lalu mendorong pasangan selebriti Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.

Istimewanya, 20 artis veteran dijemput untuk menerima wang tunai bernilai RM5,000 serta produk kesihatan selama tiga hingga enam bulan pemberian jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd di Shah Alam, baru-baru ini.

Selain itu, semua artis turut mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra, Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Baggio, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.

Zamarul yang juga pengasas Dari Poket Artis Ke Poket Artis berkata, siri kali ini bukan saja membantu daripada segi wang ringgit, tapi turut memberi fokus kepada kesihatan artis yang terpilih.

"Tujuan utama program ini sebenarnya nak menyantuni artis lama dan veteran. Selepas kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0, kita pun dapat tahu Pusat Zakat Selangor (PZS) turut membuat 'follow up' dengan keadaan mereka dan ada juga artis yang sudah dapat bantuan seperti bayaran rumah sewa.

" Saya dan Diana bersyukur sangat. Jadi, untuk kali ini saya cakap kepada Diana tidak semestinya kita kena buat dan bagi dalam bentuk wang sahaja, tapi mungkin kita boleh bantu daripada segi kesihatan.

"Kebetulan saya pernah makan produk Afyaa ini sebab ada masalah kencing berbuih dan sakit pinggang yang teruk, alhamdulillah berkesan untuk saya.

"Selepas bincang dengan Diana dan bercakap dengan Afyaa, mereka bersetuju menyumbang untuk penjagaan pemakanan selama tiga atau enam bulan buat artis yang ada masalah kesihatan serta wang tunai.

"Saya dan isteri bukannya jutawan untuk buat setiap bulan, tapi kita cuba untuk buat semampu yang boleh dan membantu.

"Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 ini kita bermula dengan pelakon, mungkin selepas ini kita cari pengarah, komposer dan penyanyi. Memang itu impian saya sebenarnya. Tetapi Allah belum bagi kaya lagi. Jadi, kita gunakan cara dan pendekatan sebegini iaitu bekerjasama dengan syarikat yang sukarela membantu," katanya.

Pada masa sama, Diana berkata, dia berharap program seumpama itu dapat diteruskan setiap setahun.

"Pada awalnya, niat saya semasa buat Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 sebab dapat sambutan ramai artis seperti Mila Jirin dan Zizan Razak.

"Daripada artis yang tampil kami boleh kumpulkan daripada setiap seorang itu RM3,000 hingga RM4,000. Jadi, saya fikir kalaulah perkara ini dapat diteruskan setiap tiga bulan dan kalau dapat boleh teruskan setiap bulan.

"Saya bersyukur sangat sebab ramai lagi artis yang tengah popular sekarang kalau dapat tolonglah hubungi saya sebab mahu bersatu.

"Tetapi pastinya ada ujian juga bukan senang nak kumpulkan semua dan bergerak di bawah satu kepala. Jadi saya fikir tak apa kalau susah di sini, mungkin Allah bagi jalan kepada pengasas produk pula.

"Saya yakin program seperti ini akan berterusan dan berpanjangan atas niat yang betul. Mungkin bukan setiap tahun, tapi kalau diizinkan Allah setiap bulan saya dan Zamarul memang nak buat," katanya.

Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 berfungsi sebagai platform penting untuk merapatkan jurang generasi dalam industri hiburan.

Dengan mencipta peluang interaksi di antara artis moden dan artis veteran, inisiatif ini memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat saling menyokong yang lebih mendalam merentas era komuniti hiburan yang berbeza.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037588 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list