CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18212|Reply: 0

‘Cedera sebab babak letupan’ – Osman Ali trauma buat filem aksi

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:50 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Enggan kejadian sama berulang, pengarah Osman Ali mengakui trauma untuk mengarah filem aksi.

Kata Osman, 50, insiden kemalangan yang berlaku di set penggambaran filem Jiwa Taiko pada 2011 memberi kesan mendalam pada dirinya.

“Sewaktu menjalani penggambaran filem Jiwa Taiko dulu ada babak letupan. Seorang pelakon telah tercedera dan mengalami kesan luka bakar.

    “Sebab itu saya rasa trauma dan takut untuk mengarah filem genre aksi kerana insiden itu masih lagi menghantui,” katanya.

Difahamkan pelakon yang dikenali sebagai Raffie Husin itu mengalami kecederaan pada badan dan tangan kanan ketika melakukan adegan letupan dalam filem Jiwa Taiko.

Tambahnya, pihak produksi sudah memastikan tahap keselamatan pelakon terjamin bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

    “Apabila kita membuat filem, kita sudah berhati-hati, tetapi kadang-kadang berlalu juga perkara yang tidak diduga.

“Dalam pada sudah berjaga-jaga itu, tetap ada juga kemalangan yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, bercakap tentang drama arahannya bertajuk Barajiwa yang juga merupakan genre aksi, Osman berkata, dia bersyukur tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku sepanjang penggambaran.

“Buat cerita aksi ini buat saya sedikit takut. Tetapi, syukur sepanjang arahan cerita ini kami sudah membuat persiapan rapi.

    “Cedera teruk itu tiada, cuma mungkin ada lebam-lebam sedikit kerana melakonkan babak berlawan.

“Latihan koreografi aksi sudah dibuat, tetapi kadang-kadang kemalangan itu berlaku tanpa sedar mengakibatkan pelakon juga tersasar (cedera),” katanya.

Drama Barajiwa yang ditayangkan di Unifi TV saluran Degup itu dibintangi oleh MK K-Clique, Josiah Hogan, Mawar Rashid, Fauzi Nawawi, Alicia Amin, Ady Mohammad, Talha Harith, Nina KSC dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.174838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list