CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21935|Reply: 0

‘Orang jahat memang ada, gangguan seksual amat menakutkan’

[Copy link]
Post time 28-7-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Enggan membiarkan dirinya dihantui mesej atau komen lucah, pelakon Mawar Rashid tidak akan teragak-agak menyekat akaun individu yang berbuat demikian dalam media sosial.

Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, tindakannya itu secara tidak langsung dapat mengelakkan dirinya daripada gangguan berlanjutan.

“Saya tidak mendapat mesej sebegitu, tetapi jika ada, memang saya akan sekat pengguna media sosial yang berbuat demikian.

“Seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan daripada komen-komen berbaur lucah atau gatal, terutama lelaki hidung belang,” katanya.

Pelakon drama Aurora Aisyah itu berkata demikian ketika ditanya tentang reaksi pengguna media sosial terhadap penampilan tidak berhijab sejak Oktober tahun lalu.

Dalam pada itu, ibu tiga anak itu juga mengakui bimbang terhadap kes jenayah melibatkan kes gangguan seksual.

“Menghantar mesej lucah boleh dianggap sebagai gangguan seksual dan ini amat menakutkan saya.

“Orang jahat itu memang ada dan tindakan ini (menyekat akaun media sosial) sebagai salah satu cara untuk mengelak dan melindungi diri daripada saya mendapat mesej lucah” ujarnya.

Pada 2020, Mawar mengambil keputusan untuk berhijab selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.

Bagaimanapun, tiga tahun kemudian Mawar yang bercerai dengan Raf Yaakob pada November lalu memilih untuk tidak lagi bertudung dan memohon maaf kerana gagal istiqamah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.243946 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list