View: 31576|Reply: 6
|
Jika tahu sejarah Bella Hadid elak tawaran Adidas - "Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan terlibat”
[Copy link]
|
|
MODEL terkenal Bella Hadid menegaskan dia tidak akan menerima tawaran menjadi ‘muse’ bagi kempen iklan kasut retro Sukan Olimpik Munich 1972 jenama Adidas sekiranya mengetahui tragedi 11 atlet Israel dijadikan tebusan pengganas Palestin.
Bella menerusi satu hantaran berkata, dia tidak mengetahui mengenai tragedi berdarah tersebut dan tidak akan sesekali menerima tawaran sekiranya berkaitan dengan sebarang bentuk keganasan.
“Jika tahu lebih awal, saya tidak akan terlibat dengan mana-mana pekerjaan yang dikaitkan dengan apa-apa jenis tragedi ngeri.
“Sebelum kempen ini dilancarkan, saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kaitan sejarah dengan peristiwa kejam pada 1972.
“Saya terkejut dan kecewa dengan kekurangan sensitiviti yang ada dalam kempen ini. Sekiranya saya tahu lebih awal, saya tidak akan terlibat,” katanya.
Sedar kesilapan sendiri, dia mengakui sepatutnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum menerima tawaran untuk mana-mana kempen.
“Saya sepatutnya melakukan lebih banyak kajian supaya faham dan boleh bersuara seperti yang sering saya lakukan sebelum ini.
“Walaupun niat semua orang adalah untuk membuat sesuatu yang positif dan menyatukan orang ramai dengan platform seni, namun tragedi Sukan Olimpik itu menjejaskan kempen tersebut secara keseluruhan,” ujarnya.
Meskipun sering dikecam kerana lantang bersuara, dia menegaskan tidak akan sesekali berhenti menunjukkan solidariti terhadap bumi Palestin.
“Saya akan selama-lamanya berdiri di sisi rakyat Palestin, terus menyokong dunia yang bebas diskriminasi.
“Saya akan sentiasa mempertahankan keamanan atas keganasan.
“Kebencian tidak mempunyai tempat di sini dan saya akan terus menyokong bukan sahaja rakyat saya tetapi setiap orang seluruh dunia,” ujarnya.
Terdahulu, model yang berketurunan Palestin itu dipilihAdidas sebagai wajah kempen SL72 yang dilancarkan baru-baru ini.
Memetik USA Today, kempen tersebut meraikan ulang tahun ke-52 Sukan Olimpik Munich, menghidupkan semula kasut sukan klasik idaman ramai dari 1970-an.
Bagaimanapun, Sukan Olimpik Munich 1972 telah dicemari oleh serangan pengganas di mana kumpulan Palestin membunuh 11 atlet Israel dan seorang pegawai polis Jerman di tengah-tengah konflik Israel-Palestin.
Menerusi kempen iklan tersebut, Bella menyarungkan busana Adidas dan memegang bunga sambil mempamerkan kasutnya.
Bagaimanapun, selepas Adidas mengeluarkan permohonan maaf, syarikat pakaian sukan tersebut memadam semua hantaran yang melibatkan Bella daripada akaun X dan Instagram milik Adidas Originals.
Sumber : KOSMO! ONLINE
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak paham. Salah adidas & olimpik munich juga ke palestin sembelih israel? Bukan ke itu yg kita mahu? Apesal adidas kena mintak maaf pualk |
|
|
|
|
|
|
|
cite bella n adidos ni complicated sket, kena paham bebetul.
so kena kerja keras nk tau cite nya sbrnya..
iols pun pening sket.. xtau sape yg start dlu. |
|
|
|
|
|
|
|
peningla cerita ni.senang pulak label palestin pengganas |
|
|
|
|
|
|
|
A-Are replied at 23-8-2024 03:02 PM
lawa gigi lg dari bella
Iye, bella ni air muka dia keras |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by A-Are at 26-8-2024 08:18 AM
kalau tgk muka asal dia mmg jauh beza...tp tula dr kecik gigi ni byk jd model, mak nya mmg lebihkan gigi banyak..anak harapn...tetibe sekarang bella lagi extra menyerlah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|