CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10124|Reply: 7

Ayu Ting Ting kena rompak ketika pertama kali jejak kaki ke Amerika Syarikat

[Copy link]
Post time 2-8-2024 03:53 PM | Show all posts |Read mode






PERTAMA kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat meninggalkan pengalaman buruk buat penyanyi Ayu Ting Ting apabila dia dan rakannya menjadi mangsa rompak.


Ayu memaklumkan beberapa barangan mewah milik dia dan rakan baiknya iaitu Cece seperti Chanel dan Dior di bawa lari perompak ketika berada di Las Vegas.


Tidak hanya barang jenama, benda penting seperti kad kredit, dompet dan beberapa dokumen penting turut di bawa lari perompak.


"Ini pertama kali kami berada di sana dan tak sangka pula jadi mangsa rompakan.


“Itulah penting untuk tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta... Kad kredit, dompet dan barang berharga lain habis lesap,” katanya.








Ayu berkongsi perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya yang memaparkan dia berada di sebuah balai polis negara itu untuk membuat laporan.


Berkongsi lebih lanjut, Ayu berkata, cermin kereta yang dinaiki mereka dipecahkan di beberapa bahagian oleh perompak bagi mencuri barang-barang milik mereka.


Penyanyi itu bagaimanapun bersyukur kerana tidak berada di tempat kejadian dan terselamat daripada sebarang kecederaan.


"Mereka tak boleh pecahkan cermin depan jadi mereka pecahkan bahagian kiri dan belakang kereta," ujarnya.


Sumber : MStar







Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangga sangat pi us ingat selamat kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:40 PM | Show all posts
kiranya kereta kena pecah and benda2 dlm kereta kena ambik la kan??

kalau brg2 tu dlm kereta kat malaysia or mana2 pon org akan amik la deiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ayu ting ting ni cina ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah ko la mengundang perompak dgn kecuaian sendiri. Bukan kat amerika je takleh tinggal barang dalam kereta. Kebanyakan negara pun ramai je malaun perompak brg dlm kereta ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2024 12:44 AM | Show all posts
if tinggal barang dalam kereta gitu mmg meminta je la. opportunists ada je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 03:00 PM | Show all posts
p us pon xmenjaminkan keselamatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
G us sis..mmg bahaya ltk brg dlm kete
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044359 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list