CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32848|Reply: 9

Jangan kahwin dengan pembuli – Shila Amzah

[Copy link]
Post time 2-8-2024 08:09 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah memberi amaran agar tidak sesekali berkahwin dengan individu yang mempunyai sejarah sebagai pembuli.

Menurut Shila atau nama penuhnya Nushahila Amir Amzah, 34, sikap kurang belas kasihan yang ada pada pembuli dikhuatiri akan memberi impak terhadap pasangan pada masa akan datang.

“Jangan sekali-kali bercinta atau berkahwin dengan seseorang yang mempunyai sejarah menjadi pembuli.

“Kekurangan empati dan kekejaman mereka akhirnya akan ‘menggigit’ anda pada masa hadapan,” katanya dalam aplikasi X baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Tercipta itu menyeru agar gejala buli dihentikan kerana memberi impak trauma terhadap mangsa.

“Hentikan budaya buli. Pembuli selalunya akan sentiasa mengalami kesukaran untuk mengingati peristiwa khusus tingkah laku buli mereka terhadap mangsa.

“Sementara, mangsa yang dibuli pula sering mempunyai ingatan yang jelas dan berkekalan tentang kejadian tersebut,” ujarnya.

Shila bagaimanapun tidak menyatakan perkongsiannya itu merujuk kepada kes buli siber atau secara fizikal.

Mengimbau semula, sekitar 2022 Shila pernah mengalami masalah kebimbangan yang melampau atau ‘anxiety disorder’ yang berpunca daripada komen negatif netizen terhadapnya.

Pada 2017, Shila bertindak menutup akaun Twitternya kerana tidak tahan menjadi mangsa buli siber.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape buli ko lalat? Nanas ke? Sejarah silam?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko yang buli netizen dengan segala kisah couple break up kawen ada accent cerai jual rumah family sampai netizen ptsd siapa nak bertanggungjawab ha
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanas keee.. dulu kome juga yg pilih dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:51 AM | Show all posts
Rasanya dia cakap in general je la sebab ada org share geng pembuli UPNM ada yang dh kahwin beranak pinak bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
eww kuku tu mcm tak matching je dgn jari dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh x nk kata dia refer adik dia. Tiberrr….
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 3-8-2024 12:51 AM
Rasanya dia cakap in general je la sebab ada org share geng pembuli UPNM ada yang dh kahwin beranak  ...

Iya general. Pembuli ni byk maksud.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2024 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm.kuku helang je....

Adakah ini ayat pembuli sb akak bg pandangan apa yg akak nampak ...

Ko x nk kena buli siber..ko jauhkan diri dari medsoc..ko kena ubah diri..sb ko x kan mampu ubah manusia lain..kecuali ko ubah cara hidup ko
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-8-2024 12:40 PM
Mcm.kuku helang je....

Adakah ini ayat pembuli sb akak bg pandangan apa yg akak nampak ...

Lorrr akak salah post ttg buli...ingat buli siber...ah lantaklah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.240367 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list