View: 40687|Reply: 8
|
Bekas majikan sedia maafkan, terbuka bersemuka dengan Fida Ibrahim
[Copy link]
|
|
![](https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F08%2F02%2F2837021.jpg)
USAHAWAN Datuk Haris Embong tidak pernah menyesal melantik pelakon Rafidah Ibrahim sebagai ketua pemasaran syarikatnya walaupun prestasi kerja ditunjukkan kurang memuaskan.
Haris, 47, berkata, secara peribadi dia memang suka membantu orang lain dan menganggap kemelut di antara mereka sebelum ini pengajaran berharga.
"Kalau nak kata menyesal saya secara peribadi memang suka menolong orang.
"Bagi saya pengalaman yang dilalui itu adalah satu pengajaran dan ia tidak mengubah pendirian saya yang suka membantu orang lain," katanya kepada mStar.
Haris berkongsi perkara itu ketika sidang media isu saman fitnah terhadap Rafidah yang diadakan pada petang Jumaat.
Dalam pada itu, Haris sedia bersemuka dengan Rafidah atau Fida, 38, bagi menyelesaikan apa-apa masalah berbangkit di antara mereka secara baik.
Malah Haris sedia memaafkan Fida kerana sebagai seorang Muslim itu disarankan oleh agama Islam.
"Saya tiada masalah jika Fida mahu berjumpa dengan saya malah selepas keputusan mahkamah pun saya cukup terbuka (untuk berjumpa).
"Sebagai seorang Islam memaafkan itu adalah satu perkara yang disarankan oleh agama kita," ujarnya.
Pada Rabu lalu, Haris dan syarikatnya Arisprop Holdings Sdn Bhd memang kes saman fitnah terhadap Fida dan aktres itu diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM280,000.
Untuk rekod, Fida pernah berkhidmat dengan syarikat tersebut pada Jun 2021 sebelum khidmatnya ditamatkan tiga bulan kemudian kerana prestasi kerja kurang memuaskan.
Haris kemudiannya memfailkan saman fitnah terhadap Fida selepas pelakon itu didakwa melemparkan fitnah sehingga syarikatnya mengalami kerugian.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/08/02/2837023.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jugak bos dia hensem hati hati nanti kena sondol |
|
|
|
|
|
|
|
Aik, kerja marketing tp menyebabkan kerugian ? How ? Fitnah apo ? |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 2-8-2024 11:40 PM
Aik, kerja marketing tp menyebabkan kerugian ? How ? Fitnah apo ?
Ada je marketing yg fail...ex company aku dulu prnh hire Influencer pondan untk marketing at the end kena kecam..sbb big boss set2 ustaz so x jalan marketing tu..
Manager at that time kena terminate and ada isu berbangkit dgn pjbat buruh..Kes terminate tp hold gaji smpai sebulan..x termasuk lg cold treatment dr big boss..lepas kes tu target x smpai terus terminate notis 2 week...
dlm kes fida ni aku pilih side company..fida ni too loud tnjuk x puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau kenapa..menyampah kt fida Pantene ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau benar kena terminate pasal prestasi tsk memuaskan,memang ok lah kena terminate..company mesti nak buat profit kan, so staff yg keje sambil lewa memang patut diterminate. Tunggu apa komen Fida & perbicaraan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena saman 250K. fitnah company di IG nya.
kelulusan retis hanya popularity mereka. itu aje bidang yang mereka ada. Jadi ketua marketing lebih luas. tak mampu lah retis malaya.
akhir nya kena buang keje. tak happy. fitnah company.
sekarang tunggu lah jawapan bijak retis ![](static/image/smiley/default/KETUK.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|