CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39800|Reply: 1

Tak Sempat Basuh Baju, Menjalankan Perniagaan Minyak Wangi Untuk Digunakan Setiap Hari!

[Copy link]
Post time 3-8-2024 06:33 PM | Show all posts |Read mode


BUKAN mudah untuk berada dalam industri memandangkan proses penggambaran sahaja memerlukan masa yang panjang sehingga berhari-hari.

Bagi Syed Ali, dia mengakui kesibukan kerja membuatkannya kadang-kala tidak sempat untuk membasuh baju.

"Kadang-kadang, setiap hari ada penggambaran jadi nak basuh baju pun tak sempat, lagi-lagi pakaian beruniform," katanya

Perkara itu mencetuskan idea untuknya menjalankan perniagaan minyak wangi, Be Fresh Fabric Perfume yang sesuai untuk digunakan setiap hari.

"Memanglah penonton tak mampu bau badan ketika buat rakaman tapi kita tetap kena jaga imej.

"Jadinya, bila saya jual minyak wangi ini, orang yang sibuk bekerja atau pun sibuk dengan kegiatan harian dapatlah memudahkan mereka untuk mengurus kehidupan selain jaga penampilan masing-masing," katanya.

Meskipun sudah ramai membuat perniagaan minyak wangi, Syed Ali berkata, dia tetap gigih menaikkan pemasaran produknya dengan cara mengaktifkan laman TikTok.

"Kadang-kala saya jual di TikTok live dan saya juga sering buka booth di karnival-karnival seluruh negeri.

"Saya juga pernah terlibat dengan World International Halal Expo di Hatyai, Thailand. Ada ramai jual makanan halal dan saya juga jual di sana," katanya.

Lelaki berusia 39 tahun itu bersyukur, kini ada pengedar bagi perniagaannya untuk dibawa masuk ke negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Alhamdulillah ada orang yang sudi untuk ambil stok daripada saya dan jualkan di luar negara," katanya.

Selain itu, mengulas soal perkembangan dalam industri, Syed Ali berkata, dia sekarang sedang memfokuskan bagi menaikkan perniagaan dahulu.

"Saya sekarang sudah lama tidak berlakon kerana tengah fokuskan perniagaan saya," katanya.

Bagaimanapun, jika diberi peluang, pelakon drama Sayap Jibril itu mengimpikan untuk membawakan watak split personality atau gangguan identiti disosiatif (DID) dalam sesebuah drama.

"Saya sekarang memang banyak sudah berlakon dalam drama komedi. Saya juga sudah pernah bawa watak baik seperti jadi ustaz.

"Jadi sebenarnya saya teringin untuk bawa pula watak berlainan sebegitu," katanya.

Meskipun tidak pernah melakonkan watak split personality, Syed Ali berkata, dia menyukai cabaran untuk terus meningkatkan kebolehan dalam bidang lakonan.

"Saya jenis yang berusaha keras untuk memahami sesuatu jalan cerita. Apabila diberi skrip saya biasanya akan ambil masa berhari-hari untuk menelaah ayat dalam terkandung dalam dokumen yang diberikan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2024 08:01 AM | Show all posts
aritu aku g kusus myk wangi....ada A-Z bauan myk wangi nih....dpt la peserta buat myk wangi ikut nak campuran apooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050471 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list