CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18457|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pekerja kedai didakwa langgar anggota polis, miliki dadah

[Copy link]
Post time 5-8-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 5-8-2024 12:50 PM

Pekerja kedai didakwa langgar anggota polis, miliki dadah


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







PEKERJA kedai perkakasan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan dengan melanggar anggota polis dan miliki dadah. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Pekerja kedai perkakasan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menggunakan kekerasan dengan melanggar anggota polis pada Selasa lalu.

Tertuduh, Khor Chin Seong, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara memecut laju motosikal dan melanggar Konstabel Mohamad Syazwan Alif Mohd Sirah dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kawasan Klinik Kesihatan Sungai Dua dalam Daerah Timur Laut pada jam 8.30 pagi, 30 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Mohd Adi Uzairi Mohd Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohd Adi Uzairi menawarkan jaminan sebanyak RM8,000 namun tertuduh merayu dikenakan jaminan rendah atas alasan pendapatan bulanan hanya RM2,000 selain perlu menyara bapanya.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 11 September depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah atas dakwaan memiliki heroin seberat 10.35 gram di hadapan Hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan stesen Petronas Relau, Jalan Paya Terubong, di sini pada jam 10.35 pagi, 31 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama yang mana jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun dan sebat antara tiga hingga sembilan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Asisten Superintendan Siti Hajar Jaafar dan tiada jaminan dibenarkan bagi kesalahan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 7 Oktober depan sementara menunggu laporan kimia.

Pada 1 Ogos lalu media melaporkan, seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah bertindak melanggar seorang anggota polis hingga cedera di beberapa bahagian badan semasa Op Tapis Khas di kawasan Klinik Kesihatan di Sungai Dua di sini.



Disiarkan pada: Ogos 5, 2024 @ 12:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119087/pekerja-kedai-didakwa-langgar-anggota-polis-miliki-dadah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.072825 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list