CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2790|Reply: 0

[Kedah] 70 belia OKU teruja lawat Langkawi

[Copy link]
Post time 6-8-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode
70 belia OKU teruja lawat Langkawi


Oleh Hamzah Osman - Ogos 6, 2024 @ 10:56am [email protected]







Sebahagian 70 belia Orang Kurang Upaya (OKU) juga peserta program Eksplorasi Belia OKU@langkawi 2024 bergambar kenangan pada majlis penutupan di CenangHill Beachfront, Pantai Tengah, Langkawi. NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Keceriaan jelas terpancar pada wajah 70 belia dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berpeluang melawat pulau ini menerusi Eksplorasi Belia OKU@Langkawi 2024 selama empat hari.

Majlis penutupan program julung kali yang diselaraskan oleh CMA Media dengan kerjasama Majlis Belia OKU Malaysia itu berlangsung di CenangHill Beachfront, Pantai Tengah di sini, petang semalam.

Pengarah program, Ally Isyraf, berkata program itu menjadi landasan bagi golongan belia OKU berkumpul dan bertukar pandangan sesama sendiri, selain memberi peluang mereka melakukan aktiviti bersama masyarakat.

"Sepanjang program, seramai 70 belia OKU dari seluruh negara berusia di antara 19 dan 35 tahun disajikan dengan aktiviti sukan ringan dan lasak serta lawatan meninjau produk pelancongan utama sekitar Langkawi.

"Apa yang menarik ada antara peserta pertama kali tiba di pulau ini dan mereka teruja melihat keindahan pantai, alam semula jadi di laut, malah amat gembira apabila berpeluang menaiki perkhidmatan kereta kabel," katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan CMA Media, Suraya Saad.

Peserta, Siti Naquyah Mat Ali, 36, yang mengalami kurang upaya fizikal, berkata dia gembira kerana dipilih penganjur menyertai program itu dan sentiasa bersemangat melakukan aktiviti bersama rakan selama empat hari.

"Seronok sangat dapat naik kereta kabel, dapat lihat pemandangan di puncak Gunung Machinchang walaupun ada rakan saya yang berkerusi roda dan cacat penglihatan berhadapan pelbagai cabaran ketika mahu menaiki gondola.

"Jika ada peluang, saya mahu menyertai program sebegini lagi pada masa hadapan kerana banyak pengalaman yang telah dikutip terutama ketika menyertai aktiviti lasak jelajah Sungai Kilim dengan bot," katanya.

Bagi Siti Hajar Tumin, 36, dari Johor, dia telah menggunakan peluang melancong bersama-sama rakan OKU untuk menambah bilangan sahabat dari pelbagai latar belakang dan bertukar pengalaman dalam menjalani aktiviti rutin.

"Aktiviti disusun penganjur termasuk membawa kami menaiki bot menelusuri hutan bakau semula jadi, melihat burung helang makan dan menaiki kereta kabel paling menarik dan meninggalkan kenangan manis," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/08/1281133/70-belia-oku-teruja-lawat-langkawi






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.365240 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list