Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 01:30 PM
PR Weekend UUM dedah pelajar, pensyarah perundangan mengenai pindaan AUKU 1971
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Ogos 7, 2024 @ 1:08pm [email protected]

Sebahagian 70 pensyarah dan pelajar perundangan universiti tempatan serta antarabangsa bergambar pada program 'PR Weekend 2024' di UUM. - NSTP/ WAN NABIL NASIR
SINTOK: Seramai 70 pensyarah dan pelajar perundangan universiti tempatan serta antarabangsa hari ini didedahkan dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diluluskan di Dewan Negara pada April lalu.
Pendedahan itu bersempena program 'PR Weekend 2024' berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM) anjuran Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM.
Dalam sesi persidangan dan perbincangan diadakan, peserta didedahkan kepada penambahbaikan dilakukan ke atas undang-undang itu terutama dalam aspek tadbir urus, pengurusan aktiviti dan tatatertib pelajar di kampus.
Selain pelajar perundangan UUM, program turut disertai peserta antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Leeds University United Kingdom, HELP
Hadir merasmikan PR Weekend 2024 adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.
Turut hadir Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr Johan Lee Kien How; Timbalan Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Prof Madya Asmar Abdul Rahim; Pengerusi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kedah, Thevan Raman dan Pengurus Kanan Wilayah Utara Kumpulan Affin Bank, Krishnaveni Somasundaram.
Pengarah program, Hariz Danial Hanif, berkata pelajar perlu diberi pemahaman komprehensif tentang kebebasan dan hak mereka mengikut undang-undang ditetapkan kerajaan di bawah AUKU.
"Program PR Weekend 2024 menjadi platform bagi memperkuat hubungan luar antara pelajar pengajian undang-undang di Malaysia yang dapat berkolaborasi dan bertukar pengetahuan dan pengalaman antara satu sama lain.
"Ia juga bertujuan membolehkan peserta mengenali sistem dan ilmu baharu melalui perkongsian bersama pelajar universiti luar dengan ia boleh dianggap sebagai persediaan kami melangkah ke dunia profesional selepas ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/08/1281623/pr-weekend-uum-dedah-pelajar-pensyarah-perundangan-mengenai-pindaan
|