CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3419|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut motosikal langgar belakang lori sampah

[Copy link]
Post time 7-8-2024 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 01:46 PM

Lelaki maut motosikal langgar belakang lori sampah

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

07 Ogos 2024 12:29pm




Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala. Foto PDRM




SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah lori sampah yang berhenti di bahu jalan di Jalan Lencongan Timur, dekat sini pada pagi Rabu.

Mangsa, Muhammad Zaini Zackaria, 51, yang menghala ke Taman Sejati meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, panggilan kecemasan berhubung kemalangan maut tersebut diterima pada jam 7.33 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati lori tersebut telah mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan sebelah kiri.


"Tiba-tiba datang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR merempuh belakang lori itu dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.


"Mayat mangsa dibawa ke Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan kenderaannya ditahan bagi pemeriksaan lanjut.


"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan," katanya.



https://www.sinarharian.com.my/article/679019/berita/semasa/lelaki-maut-motosikal-langgar-belakang-lori-sampah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049669 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list