CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3757|Reply: 0

[Perlis] Perlis lulus 12 pelaburan baharu bernilai RM2 bilion

[Copy link]
Post time 7-8-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 02:55 PM

Perlis lulus 12 pelaburan baharu bernilai RM2 bilion


Aizat Sharif[email protected]







Mohd Shukri Ramli




Kangar: Kerajaan negeri sudah meluluskan 12 pelaburan baharu di negeri itu dengan nilai pelaburan berjumlah RM2 bilion sejak November 2022.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, ia merangkumi pelbagai sektor antaranya pertanian, pembuatan, logistik dan pelancongan membabitkan perkhidmatan dan sukan rekreasi.

"Daripada jumlah itu, sebanyak tujuh syarikat diluluskan untuk pelaburan di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping dengan nilai pelaburan adalah sebanyak RM1.75 bilion yang merangkumi sektor pembuatan atau perindustrian serta sektor tenaga boleh diperbaharui seperti solar.

"Kerajaan negeri tidak hanya melihat kepada jumlah ringgit yang dibawa masuk oleh pelabur dalam mempertimbangkan sesuatu cadangan pelaburan, sebaliknya kita juga melihat dari sudut yang akan membawa limpahan ekonomi lebih besar kepada masyarakat setempat.

"Antara aspek yang diambil kira adalah seperti pewujudan peluang pekerjaan, peluang perniagaan kecil serta peluang untuk mewujudkan pusat pertumbuhan baru di Perlis," katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Saad Seman (PN-Chuping) dalam sesi soal lisan dan bertulis ketika Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini, hari ini.

Saad dalam soalannya mahu mengetahui jumlah pelabur yang diterima oleh kerajaan negeri sehingga kini serta serta yang syarikat yang terbabit termasuk nilai pelaburan yang diperolehi.

Mohd Shukri berkata, kerajaan negeri amat optimis dan yakin akan menerima lebih banyak pelaburan baharu dalam tempoh tiga tahun ini.

"Ini adalah melalui usaha dan kerjasama berterusan daripada agensi berkaitan serta sokongan daripada semua wakil rakyat dalam melaksanakan perubahan ekonomi negeri ini.

"Kelulusan dasar bagi cadangan pelaburan swasta di Perlis mulai November 2022 sehingga kini membabitkan 12 syarikat dengan jumlah RM2,007.9 juta membabitkan 1,191 peluang pekerjaan," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 7, 2024 @ 2:20pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1119937/perlis-lulus-12-pelaburan-baharu-bernilai-rm2-bilion





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 1.192427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list