CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3555|Reply: 0

[Kedah] LITE 2024 perkukuh nama Langkawi di persada global

[Copy link]
Post time 7-8-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-8-2024 05:08 PM

LITE 2024 perkukuh nama Langkawi di persada global


Oleh Hamzah Osman - Ogos 7, 2024 @ 4:19pm[email protected]







Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Zamzuri Abdul Aziz (tengah) diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pembentang kertas kerja, Pengurus Wilayah Asia Tenggara FlyDubai, Temima Nassir Kemal pada Majlis Makan Malam meraikan peserta LITE 2024 di Langkawi. NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Kelangsungan industri pelancongan pulau ini di peringkat global pasca COVID-19 menjadi fokus perbincangan pada Langkawi International Tourism Engagement (LITE) 2024 yang berlangsung di sini, hari ini.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selaku penganjur yakin acara itu mampu melonjak rangkaian perniagaan dan meningkatkan hasil jualan pakej pelancongan menerusi sesi keterlibatan promosi dan pemasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata LITE 2024 adalah acara berskala besar sebagai platform unik untuk penggiat industri pelancongan, pihak berkepentingan dan pegawai kerajaan untuk berhubung, bekerjasama dan menjalin perkongsian yang berkekalan.

"Dalam tempoh tiga hari yang dinamik, peserta pastinya terbabit dalam mesyuarat perniagaan-ke-perniagaan (B2B), perbincangan bernas dan rundingan strategik berkaitan perdagangan dan pelaburan pelancongan.

"Sinergi ini mampu memacu pertumbuhan mampan dan mengukuhkan nama Langkawi sebagai destinasi percutian di persada global," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam meraikan peserta LITE 2024 di sini, malam tadi.

Pada acara yang berakhir esok itu, seramai 160 penggiat industri dan pembeli berpotensi tempatan dan luar negara termasuk dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE); Singapura; Thailand; India; Pakistan; dan Indonesia hadir.

Haslina berkata, sebanyak tujuh sesi keterlibatan disajikan kepada peserta sepanjang acara itu dengan didahului pembentangan kertas kerja bertajuk, 'Langkawi Island Destination Presentation & Seminar' oleh LADA.

"Disusuli, 'Visit Malaysia 2026' oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), 'ASEAN Tourism Forum 2025' (Tourism Malaysia) dan 'My Triple E' (Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia).

"Turut dibentangkan, 'Air Asia Sky Agent Portal & Air Asia Corporate Product' oleh AirAsia, 'Forging Strategic Business Alliances' (LangkawiBook & Heavenly Travel Sdn Bhd) dan 'Our Story' (FlyDubai)," katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Zamzuri Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, P Manoharan.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/08/1281727/lite-2024-perkukuh-nama-langkawi-di-persada-global






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.962454 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list