CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5526|Reply: 0

[Perlis] Pembekuan peruntukan ADUN Perlis dijangka selesai Oktober

[Copy link]
Post time 7-8-2024 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Pembekuan peruntukan ADUN Perlis dijangka selesai Oktober


Oleh Aizat Sharif - Ogos 7, 2024 @ 6:24pm [email protected]







Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli membacakan rumusan penggulungan pada Sidang DUN Perlis di Kompleks DUN Perlis, Kangar. NSTP/Ihsan Pejabat SUK PERLIS





KANGAR: Pembekuan sementara peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Menteri Besar di Perlis dijangka diselesaikan Oktober ini.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, berkata perkara itu sedang diteliti ketika ini dan ia dijangka dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

"Kita jangkakan penyelesaian ini sebelum akaun kerajaan negeri ditutup menjelang akhir tahun ini, mungkin sekitar September atau Oktober nanti.

"Kita juga sedang meneliti semula peraturan kewangan negeri," katanya selepas mengulas desakan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim dari PAS yang mahukan dasar pembekuan sementara peruntukan ADUN sejak Mei lalu ditamatkan segera dan dikembalikan kepada ADUN untuk membantu gerak kerja di setiap DUN di negeri itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya selepas berakhirnya Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15, di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Sebelum itu, Mohd Shukri ketika dalam ucapan rumusan penggulungannya turut mengulas berhubung cadangan Mohd Ridzuan yang mahu peruntukan pengurusan bulanan pusat khidmat ditambah daripada RM3,000 kepada RM5,000 di mana menurutnya, pihaknya akan meneliti kesesuaian jumlah berkenaan untuk dinaikkan.

"Berhubung (cadangan) jumlah peruntukan pengurusan pusat khidmat ADUN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebenarnya kita akan melihat dahulu, berbincang dan melihat kesesuaian untuk dinaikkan jumlah berkenaan kerana harus diingat bahawa (pendapatan) kita di Perlis ini sering menunjukkan defisit setiap tahun iaitu sekitar RM17.06 juta.

"Defisit ini agak banyak jadi adalah tidak wajar untuk membandingkan Perlis dengan jiran kita, Kedah kerana negeri mereka luas dan di dalam satu DUN sahaja pun terdapat sekitar 30,000 hingga 40,000 pengundi. Kita ini hanya peringkat Parlimen di negeri ini barulah dapat mencapai sehingga 40,000 pengundi.

"Malah, di tempat saya di DUN Sanglang pun baru ada 12,000 pengundi. Itu pun tambahan daripada pengundi berusia 18 tahun di mana sebelum ini hanya sekitar 10,000 (pengundi) sahaja. Jadi, kita kena beza jugalah kemampuan kewangan kita," katanya.

Mohd Shukri berkata, peruntukan kerajaan negeri diberikan kepada semua ADUN merangkumi pengurusan pusat khidmat serta belanja mengurus yang dibahagikan kepada dua iaitu peruntukan pembangunan infrastruktur dan pembangunan rakyat.

"Walaupun kita berikan kepada semua ADUN termasuk ADUN Indera Kayangan dari Pakatan Harapan, kita mengehadkan ADUN pembangkang itu hanya kepada penerimaan peruntukan pusat khidmat.

"Peruntukan bagi pusat khidmat DUN adalah sebanyak RM36,000 setahun manakala peruntukan belanja mengurus pula diberikan sebanyak RM50,000 setahun yang turut merangkumi peruntukan pembangunan infrastruktur sebanyak RM30,000 dan pembangunan rakyat sebanyak RM20,000," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2024/08/1281793/pembekuan-peruntukan-adun-perlis-dijangka-selesai-oktober






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.299055 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list