CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4018|Reply: 0

[Kedah] Kaji semula caj tambahan RM1 beli tiket feri atas talian

[Copy link]
Post time 8-8-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Kaji semula caj tambahan RM1 beli tiket feri atas talian


Hamzah Osman[email protected]







FOTO HIASAN





Langkawi: Pengurusan aplikasi Cuti Cuti Langkawi diminta mengkaji semula langkah mengenakan caj tambahan RM1 bagi setiap pembelian tiket feri atas talian mulai 15 Ogos ini.

Ketua Pemuda Umno Langkawi Mohd Radhi Abdul Rahim berkata, tindakan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif kepada industri pelancongan di pulau ini yang masih bergelut untuk bangkit selepas terjejas teruk susulan pandemik Covid-19.

"Langkah (mengenakan caj tambahan RM1) yang akan dilaksanakan minggu depan itu biarpun apa jua alasan diberikan hanya merencat usaha kerajaan menarik kedatangan ramai pelancong ke pulau ini.

"Tangguhkan dulu dan kaji semula baik buruk pelaksanaan langkah itu yang dibimbangi akan dieksploitasi pelbagai pihak mengatakan kos melancong ke Langkawi mahal dan orang ramai akan memilih destinasi lain untuk bercuti.

"Sepatutnya pembelian dalam talian guna hujung jari kosnya murah, sebaliknya pihak aplikasi Cuti Cuti Langkawi bertindak menekan pengguna dengan mengenakan pula caj RM1," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohd Radhi berkata, caj dikenakan pihak aplikasi itu secara tidak langsung menyebabkan kadar tambang feri setiap pengguna akan naik dan membebankan mereka yang menggunakan pengangkutan air itu.

Untuk rekod, kadar tambang feri semasa dari Kuala Perlis ke Langkawi untuk dewasa bagi pelancong tempatan RM21 seorang, manakala kanak-kanak RM16.

Bagi penumpang feri menaiki dari Kuala Kedah pula perlu membayar tiket feri pada harga RM26.50 (dewasa) dan kanak-kanak RM20.50 untuk pelancong tempatan.

Media sebelum ini melaporkan bayaran perkhidmatan sebanyak RM1 akan dikenakan untuk pembelian tiket feri dalam talian menerusi aplikasi agensi pelancongan Cuti Cuti Langkawi mulai 15 Ogos ini.

Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Dr Baharin Baharom dipetik berkata, bayaran itu yang sebelum ini diumumkan tetapi ditangguhkan akibat Covid-19, kini akan dilaksanakan apabila perjalanan kembali normal.



Disiarkan pada: Ogos 8, 2024 @ 10:44am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1120225/kaji-semula-caj-tambahan-rm1-beli-tiket-feri-atas-talian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.128218 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list