CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4154|Reply: 0

[Perlis] Ejen kasino tak mengaku tawar rasuah RM200,000

[Copy link]
Post time 8-8-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-8-2024 01:01 PM

Ejen kasino tak mengaku tawar rasuah RM200,000


Oleh Aizat Sharif - Ogos 8, 2024 @ 12:38pm [email protected]







Tertuduh, Teow Kok Guan (berbaju hud biru, kanan) sedang menunggu untuk diikat jamin selepas dibawa oleh SPRM ke Mahkamah Kangar. - Foto NSTP/Aizat Sharif





KANGAR: Ejen kasino mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menawarkan rasuah kepada pegawai polis sebagai dorongan untuk melepaskan lorinya yang ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA), Februari tahun lalu.

Tertuduh, Teow Kok Guan, 34, dari Pulau Pinang mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Teow didakwa menawarkan suapan RM200,000 kepada Inspektor Muhamad Taufiq Ibrahim yang bertugas sebagai Pegawai Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Perlis sebagai dorongan melepaskan sebuah lori 'bonded' yang ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di di Kem Kompeni D, PGA Batalion 1, Kuala Perlis pada 9 pagi, 19 Februari 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Akmal Abdul Ghani, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hakim Hamran.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 dengan seorang penjamin dan 9 September untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, media melaporkan polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik menunda lori satu tan dipenuhi syabu seberat 1.8 tan bernilai RM64.8 juta di Simpang Empat, di sini.

Dalam serbuan itu, lima suspek berusia antara 29 hingga 49 tahun termasuk wanita ditahan.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1282029/ejen-kasino-tak-mengaku-tawar-rasuah-rm200000






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.177458 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list