CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4202|Reply: 0

[Perlis] Bekas COO anak syarikat UniMAP dituduh salah guna kuasa luluskan baucar bayaran RM8,205

[Copy link]
Post time 8-8-2024 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-8-2024 01:08 PM

Bekas COO anak syarikat UniMAP dituduh salah guna kuasa luluskan baucar bayaran RM8,205


Oleh Aizat Sharif - Ogos 8, 2024 @ 12:40pm [email protected]






Bekas ketua pegawai operasi anak syarikat milik Universiti Malaysia Perlis (berkemeja putih) didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini, terhadap tiga tuduhan salah guna kuasa untuk meluluskan tiga baucer bayaran berjumlah RM8,205 pada 2018. - Foto AIZAT SHARIF





KANGAR: Seorang bekas ketua pegawai operasi anak syarikat milik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap tiga tuduhan salah guna kuasa untuk meluluskan tiga baucar bayaran berjumlah RM8,205 pada 2018.

Tertuduh, Zunaidi Ibrahim, 51 yang kini bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti di Brunei mengaku tidak bersalah dan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Berdasarkan pertuduhan berkenaan, Zunaidi yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Pegawai Technopreneur At UniMAP Sdn Bhd didapati menggunakan jawatannya untuk meluluskan baucar bayaran bernombor PV0801 berjumlah RM2,652.50, PV0809 bernilai RM2,900 dan PV0875 berjumlah RM2,652.50 kepada rakan kongsinya dalam Syarikat SWZ Texhnology Consultant bernama Wan Khairunizam Wan Ahmad berhubung pembayaran untuk 'commitee and participant gift for ICIET 2018.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 2 dan 3 Ogos serta 3 September 2018 di Pejabat Technopreneur At UniMAP Sdn Bhd, Kangar.

Zunaidi didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana nilai yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Akmal Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Akif Hafie Abd Halim.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Disebabkan tertuduh kini bertugas di Brunei, maka mahkamah menetapkan tertuduh perlu melapor diri Pejabat SPRM Cawangan Limbang, Sarawak.

Mahkamah turut menetapkan 9 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/08/1282031/bekas-coo-anak-syarikat-unimap-dituduh-salah-guna-kuasa-luluskan-baucar






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.168898 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list