CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32740|Reply: 0

[Perlis] Penuntut Kolej Komuniti Arau maut, kereta langgar pokok

[Copy link]
Post time 18-8-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Penuntut Kolej Komuniti Arau maut, kereta langgar pokok

18 Ogos 2024 02:57pm




Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau, pagi Ahad. Foto PerlisAktif




KANGAR - Seorang penuntut Kolej Komuniti Arau maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, polis menerima maklumat pada 8.15 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau.



Beliau berkata, siasatan awal mendapati penuntut lelaki kolej itu berumur 19 tahun yang memandu kereta dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahagian kiri jalan.

Ahmad Mohsin berkata, ekoran kemalangan itu, penuntut perempuan berusia 18 tahun yang merupakan penumpang hadapan kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.


Beliau berkata, pemandu dan seorang lagi penuntut perempuan berumur 18 tahun yang berada di bahagian tempat duduk belakang mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. - Bernama


https://www.sinarharian.com.my/article/680877/berita/semasa/penuntut-kolej-komuniti-arau-maut-kereta-langgar-pokok


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.102528 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list