View: 12605|Reply: 9
|
“Aku Tak Pernah Cakap Diri Aku Baik, Lembut, Pijak Semut Tak Mati” - Uqasha Senrose
[Copy link]
|
|
Pelakon Uqasha Senrose menyifatkan tuduhan segelintir individu melabelnya kaki pukul sebagai melampau serta menegaskan dia tidak pernah melabel dirinya sebagai individu yang baik sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha berkata jika ada individu yang melakukan kejahatan terhadap dirinya, dia tidak hanya akan berdiam diri.
“Saya tak pernah label diri sendiri baik, lembut, pijak semut tak mati atau sebagainya dan semua itu pandangan anda terhadap saya.
“Saya baik dengan orang yang buat benda sama dengan saya. Orang buat jahat dengan saya pun, saya boleh berdiam diri lagi.
“Tetapi, kalau sampai fitnah saya kaki pukul, penumbuk, saya rasa sudah melampau,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata sesiapa sahaja boleh mencipta apa saja situasi namun harus dikemukakan dengan bukti yang kukuh.
“Seperti saya cakap, kalau hanya bercakap sahaja tidak ada guna. Saya juga boleh reka dan buat apa sahaja diingini ketika ini, tetapi bawalah sekali bukti.
“Mungkin dengan gambar atau pergi terus buat laporan polis. Bukan selepas tujuh hari baru nak buat laporan,” katanya.
Terdahulu, Uqasha mendedahkan sikap pembantu peribadinya yang sesuka hati masuk ke biilik tidurnya serta pernah memakai pakaiannya tanpa pengetahuan. Ia selepas namanya dikaitkan dengan isu seorang artis wanita popular didakwa memukul pembantu peribadi.
Sumber – HibGlam
|
|
|
|
|
|
|
|
Naper banyak sangat thread ni? Thread berbayarkah? (Tanda soal utk bertanya)
|
|
|
|
|
|
|
|
ye netizen dh tahu ko memang ganasss aummmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 29-8-2024 12:51 PM
Naper banyak sangat thread ni? Thread berbayarkah? (Tanda soal utk bertanya)
Yg bkn retis pun beberapa bln lepas ada smpai 3,4 thread up kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
Fitnah apanya nyah...PA tu ada bukti di kasari. Silap2 dr yang suruh PA tu buat laporan polis. Memang awak play victim saja...sila kata kes you bawa happy pills pon fitnah..sebab kalau you kata fitnah juga..sila saman polis yang terbabit.. |
|
|
|
|
|
|
|
xleh merge ke thread uqa nih? byk lak |
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik senrose ni semua cantik2..Nelydia tu yg paling cantik |
|
|
|
|
|
|
|
byjnya tered dia..4 dh kot..euwww
nk komen apa pun dh xtau sbb dh komen kt rumah satu lg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|