CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3340|Reply: 0

[Sarawak] Kemuka permohonan sewa tempat awam dua minggu sebelum tarikh acara

[Copy link]
Post time 29-8-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode


DONNA

SIBU: Semua permohonan untuk menyewa tempat awam di bawah Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mesti dihantar sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh acara, mulai bulan hadapan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kegunaan Am dan Perkhidmatan Komuniti MPS Donna Petrus Ngelai pada Selasa.

Peraturan baharu ini melibatkan beberapa lokasi utama seperti Dataran Tun Tuanku Bujang fasa satu dan dua, Tebingan Sungai Rejang serta pelbagai taman lain di bawah pentadbiran MPS.

Donna menjelaskan peraturan baharu itu bertujuan untuk memastikan pengurusan acara di tempat-tempat awam lebih teratur dan efisien.

“Dataran Tun Tuanku Bujang fasa satu tidak akan dibuka untuk sewaan semasa acara-acara besar seperti Bazar Ramadan, Festival Kebudayaan Borneo (BCF) dan Karnival Krismas.

“Selain itu, dataran tersebut juga tidak akan dibuka untuk tempahan semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa Dataran Tun Tuanku Bujang fasa dua hanya akan dibenarkan menganjurkan empat pameran perdagangan atau komersial setiap tahun, dengan tempoh maksimum dua minggu bagi setiap pameran.

Bagaimanapun, acara yang berlangsung lebih singkat, seperti hanya berlangsung selama seminggu atau beberapa hari, tidak tertakluk kepada peraturan tersebut.

Dalam pada itu, Donna menggalakkan penganjur acara untuk mencipta program inovatif dan unik yang dapat menarik lebih ramai pengunjung ke Sibu.

Katanya, MPS sentiasa menyokong inisiatif yang mengetengahkan konsep-konsep baharu dan menarik demi mempromosikan bandar Sibu sebagai destinasi lebih dinamik dan menarik.

Selain itu, peraturan baharu itu dijangka akan memberikan lebih banyak peluang kepada penganjur acara untuk merancang dengan lebih baik serta memastikan kesesuaian dan kesediaan tempat sebelum acara berlangsung.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.367223 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list