CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7146|Reply: 0

[Sarawak] Pemilik pantas padam kebakaran dalam bilik enjin kapal

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:30 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan enjin kapal yang terbakar di Limbungan Kapal Siong Sing, Bukit Lan, Jalan Empawah, Sibu hari ini.

SIBU: Tindakan pantas seorang lelaki berjaya memadam kebakaran di bilik enjin kapalnya di Limbungan Kapal Siong Sing, Bukit Lan, Jalan Empawah dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.19 tengah hari.

Katanya, sepasukan 12 anggota dari BBP Sungai Merah telah bergerak ke lokasi menaiki sebuah jentera dan sebuah kenderaan utiliti.

Menurutnya, sampai di lokasi pasukan bomba mendapati kebakaran berlaku di bahagian bilik enjin.

"Tiada operasi pemadaman dijalankan kerana kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya oleh pemilik kapal menggunakan lima unit alat pemadam api serta sumber air terbuka.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) hanya bertindak masuk ke dalam bilik enjin menggunakan PPE penuh dan alat pernafasan untuk memastikan tiada lagi punca api," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, kebakaran tiada melibatkan kehilangan jiwa mahupun kecederaan.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak JBPM Zon 4 Sibu," tambah beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list