CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11777|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki mengaku bersalah potong kabel milik TM didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:49 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memotong kabel fiber optik dan kabel tembaga milik Telekom Malaysia (TM) Berhad.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali memerintahkan Hairman Busri, 40, untuk dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas didakwa melakukan perbuatan tersebut sekitar jam 6.30 petang pada 25 Mei 2024 di Jalan Sherip Masahor di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Fakta kes mendedahkan pengadu iaitu pembantu pegawai teknik TM Berhad bertugas pada hari kejadian mendapati kabel fiber optik dan kabel tembaga bawah tanah di tepi jalan Sherip Masahor telah dipotong oleh dua individu tidak dikenali.

Pengadu sempat merakam video yang memaparkan perbuatan kedua-dua individu tersebut dan segera membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Anggaran kerugian sekitar RM5,000.

Hasil siasatan polis mendapati tertuduh bersama seorang lagi lelaki masih bebas telah melakukan perbuatan khianat ke atas kabel tersebut dan kejadian itu disaksikan oleh pengadu, malah turut dirakamnya menerusi telefon pintar.

Keputusan kawad cam yang dilakukan ke atas tertuduh juga positif.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.066150 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list