CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49555|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Taman Layar Fasa 4 tidak tahan hadapi banjir kilat sejak 6 tahun lalu

[Copy link]
Post time 30-8-2024 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk Taman Layar Fasa 4 tidak tahan hadapi banjir kilat sejak 6 tahun lalu


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







IZANI bercakap kepada pemberita mengenai kawasan perumahan yang dilanda banjir setiap kali hujan. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Lebih 100 penduduk membabitkan 40 rumah di Taman Layar Fasa 4, Jalan Layar di Jalan Kuala Kedah di sini, mendakwa kawasan itu kerap dilanda banjir setiap kali hujan disebabkan sistem perparitan yang tidak berfungsi dengan baik.

Penduduk mendakwa kejadian banjir kilat berlarutan sejak 2018 apabila setiap kali berlaku hujan lebat menyebabkan air bertakung dan tidak dapat bergerak sehingga mengakibatkan banjir kilat sebelum surut selepas beberapa jam kemudian.

Penduduk, Nor Izani Ibrahim, 49, berkata, dalam kalangan penduduk di taman perumahan mengesyaki kejadian banjir kilat itu berpunca akibat pelan longkang yang tidak sesuai sehingga menyebabkan air tidak mengalir walaupun dalam cuaca tidak hujan.

Menurutnya, dia yang menetap di situ sejak 2018 mendapati masalah itu tidak lagi selesai sehingga sekarang.

"Bukan saya saja, malah ada dalam kalangan jiran di taman ini sudah beberapa kali menghantar surat kepada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tetapi sehingga kini langsung tiada tindakan dilakukan oleh mereka.

"Walaupun hujan lebat hanya 30 minit, paras air dalam longkang sudah naik dan kami terpaksa tidur dalam keadaan rumah digenangi air.

"Kejadian banjir kilat terbaru berlaku pada Ahad lalu adalah paling besar sehingga menyebabkan air masuk ke rumah," katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kasihankan ibunya, Zainah Saidin, 68, yang menghidap angin ahmar dan disebabkan itu, penduduk berharap supaya masalah ini diselesaikan dengan segera kerana dijangka menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Sementara itu, jirannya, Borhan Md Zain, 72, memaklumkan penduduk di taman perumahan berkenaan sering merungut berikutan perabot mereka terutamanya yang diperbuat daripada kayu mengalami kerosakan akibat masalah yang tidak berkesudahan itu.

Katanya, setiap kali hujan, air dari perumahan Fasa 1,2 dan 3 akan melimpah ke taman mereka, manakala air dalam longkang di situ pula memang tidak bergerak dan keadaan itu menyebabkan rumah mereka dinaiki air walaupun hujan tidak lama.

"Ini jelas sekali masalah ini berpunca daripada masalah perparitan. Saya pun tak tahu macam mana MBAS boleh meluluskan taman perumahan ini tanpa melihat kepada saliran dan pengairan yang betul," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan Datuk Salleh Saidin yang turut hadir mendengar masalah dihadapi penduduk memaklumkan, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak MBAS mengenai masalah yang berlaku.

"Saya akan bertemu MBAS untuk bertanyakan masalah yang timbul hingga menyebabkan masalah ini tidak selesai dalam tempoh lama. Masalah ini sudah berlarutan terlalu lama sedangkan penduduk di sini juga berhak hidup selesai seperti orang lain.

"Saya mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu penduduk di taman ini dan MBAS supaya dapat berlaku adil.

"Selepas itu, kita akan lakukan yang terbaik bagi menyelesaikan isu ini dan saya berjanji untuk bersama penduduk bagi menyelesaikan masalah ini, sedaya upaya saya," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 30, 2024 @ 12:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1128627/penduduk-taman-layar-fasa-4-tidak-tahan-hadapi-banjir-kilat-sejak-6-tahun





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.808375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list