CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47807|Reply: 0

[Kedah] UEM Lestra ambil alih 51 peratus kepentingan Nur Power

[Copy link]
Post time 30-8-2024 07:51 PM | Show all posts |Read mode
UEM Lestra ambil alih 51 peratus kepentingan Nur Power


Ogos 30, 2024 @ 6:54pm









KULIM: UEM Lestra Bhd, anak syarikat milik penuh dan sayap industri hijau UEM Group Bhd (UEM Group) mengambilalih 51 peratus kepentingan dalam syarikat utiliti tenaga bebas (IPU), NUR Power Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Lestra Harman Faiz Habib Muhamad berkata penglibatan strategik UEM Lestra selaku syarikat berkaitan kerajaan menerusi pegangan majoriti tersebut dibuat bersandarkan kepada potensi penciptaan nilai ketara dan keupayaan operasi NUR Power yang boleh dikembangkan.

"Pemilikan kepentingan majoriti dalam NUR ini merupakan sebahagian daripada komitmen RM1.5 bilion yang diperuntukkan UEM Lestra untuk dilaburkan dalam tempoh 24 bulan ke hadapan ke arah dekarbonisasi taman industri di Malaysia.

"Komitmen ini merupakan salah satu usaha UEM Group bagi merancakkan pelaburan tempatan yang akan menjana peluang pekerjaan di samping menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara kita," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, UEM Lestra berhasrat untuk terus menambahbaik keupayaan dan mengembangkan lagi operasi syarikat tempatan seperti NUR serta bersama mereka dalam merintis jalan ke arah usaha yang lebih menyeluruh bagi memacu dekarbonisasi taman industri bermula di Taman Teknologi Tinggi (KHTP) sebelum dikembangkan ke taman industri lain di Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan NUR Power Ikwan Hafiz Jamaludin, menegaskan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi NUR dalam menyediakan kuasa elektrik yang berkualiti tinggi, voltan yang stabil dan boleh dipercayai.

Katanya, model penjanaan teragih NUR Power telah terbukti berjaya menarik pelaburan melebihi RM176.7 bilion di KHTP dan NUR Power komited untuk terus mengembangkan kapasiti penjanaan bagi memenuhi permintaan elektrik di KHTP.

"Ini untuk memastikan kualiti kuasa dikekalkan mengikut piawaian MS 61000-4-34 seperti yang diminta oleh pelanggan terutamanya di dalam industri berteknologi tinggi," katanya.

Terdahulu, pertukaran dokumen perjanjian antara NUR Power dan UEM Lestra turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Semasa berucap pada Majlis Pelancaran Stesen Jana Kuasa Turbin Gas Kitaran Terbuka 90MW, NUR Power di KHTP di sini hari ini, Fadillah berkata beliau menyambut baik perjanjian yang dimeterai UEM Lestra dan NUR Power itu.
— Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/08/1292091/uem-lestra-ambil-alih-51-peratus-kepentingan-nur-power






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 70159 Replies : 651
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 39995 Replies : 173
Terkedu, sugul selepas makamah arah dibicarakan. Bekas isteri berhijrah ke Australia {14 Oktober sebutan kes}
maklukpenggodaTerkedu, sugul selepas makamah arah dibi
Views : 54041 Replies : 1634
Diva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, 'Jangan kurang ajar... bahlol'
maklukpenggodaDiva AA gesa boikot Hot FM & maki KJ, &#
Views : 50975 Replies : 53
JoyahMengayah
Views : 206228 Replies : 293
Parit.Hilton
Views : 41473 Replies : 32
Istiadat persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham berlangsung penuh tradisi
mojarean_XIstiadat persandingan Tengku Puteri Afza
Views : 28516 Replies : 67
Pemimpin GISBH akhirnya mengaku
maklukpenggodaPemimpin GISBH akhirnya mengaku
Views : 8875 Replies : 3
Gambar terbaharu Kate curi perhatian
maklukpenggodaGambar terbaharu Kate curi perhatian
Views : 34546 Replies : 8
Fitnah, Wan Fayshal disaman
maklukpenggodaFitnah, Wan Fayshal disaman
Views : 4572 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-9-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062250 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list