CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52584|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laungan 'Merdeka' bergema dari laut

[Copy link]
Post time 31-8-2024 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Laungan 'Merdeka' bergema dari laut


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







NELAYAN dari Pangkalan Nelayan Paramount dan Gurney Drive ada cara tersendiri bagi menzahirkan semangat patriotisme. FOTO Zuhainy Zulkiffli





Georgetown: Seramai 100 nelayan yang menaiki 50 bot memiliki cara tersendiri menzahirkan rasa cinta kepada negara apabila berarak di laut bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Pengerusi Nelayan Kawasan Teluk Bahang, Johari Mohamad, 60, berkata kesemua bot berkenaan turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, bot berkenaan berarak menyusuri Tembok Warisan Laut, Jalan Padang Kota Lama.

"Terdapat acara perbarisan berlangsung di Padang Kota Lama dan kehadiran nelayan menerusi 'laluan air' itu 'disambut' dengan tepukan dan sorakan pengunjung.

"Laungan 'Merdeka! Merdeka! Merdeka' bergema di laut dan disahut pengunjung sebaik bot nelayan menghampiri Padang Kota Lama, malah mereka turut sama mengibar Jalur Gemilang.

"Harapan kami sempena Hari Kebangsaan ke-67 ini ialah supaya golongan nelayan terus berjuang bukan hanya demi sesuap nasi, tetapi juga sebagai penjana ekonomi negeri," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, nelayan, Y Selvaraja, 64, berkata dia tidak turun ke laut bagi menyertai perarakan berkenaan.

Menurutnya, berikutan semangat yang membara, dia sudah menyiapkan botnya sejak dua minggu lalu.

"Tidak sangka ramai rakan nelayan menyertai perarakan ini, biasanya kami jumpa di laut tetapi tidak lama. Tetapi hari ini kami sama-sama meraikan hari istimewa ini," katanya.

Perarakan itu turut disertai oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang serta Pertubuhan Jaringan Ekologi dan Iklim.



Disiarkan pada: Ogos 31, 2024 @ 1:26pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1129041/laungan-merdeka-bergema-dari-laut





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084962 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list