CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51810|Reply: 0

[Kedah] 'Jiwa kami yang merdeka, itu paling bahagia' - Penghuni PJQM

[Copy link]
Post time 31-8-2024 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 31-8-2024 01:58 PM

'Jiwa kami yang merdeka, itu paling bahagia' - Penghuni PJQM

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

31 Ogos 2024 01:07pm




Antara penghuni dan staf Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia yang menyertai sambutan kemerdekaan. Gambar kanan: Anak yatim Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia yang menyertai sambutan kemerdekaan.




GURUN - "Jiwa kami merdeka, itu yang lebih membahagiakan," Demikian luahan salah seorang penghuni rumah Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia (PJQM) dekat sini apabila diberi kesempatan buat kali pertama untuk turut sama menyertai perarakan sambutan kemerdekaan negara tahun ini.

Mohd Irfan Wafdi, 39, yang berasal dari Alor Setar, berkata, selain gembira dikelilingi rakan senasib, keterujaan turut dirasai apabila diberi peluang menyertai perarakan merdeka biarpun setiap penghuni mempunyai masalah kesihatan tersendiri.



"Bebas jiwa dan merdeka! Itulah yang saya rasakan kini, bebas daripada kehidupan yang penuh kesedihan, bebas daripada kekecewaan, bebas kecaman orang sekeliling dan bebas daripada obesiti yang saya tanggung selama ini.

"Walaupun kini masih belum pulih sepenuhnya, namun saya gembira dengan perubahan diri saya, saya rasa bebas bergerak," katanya yang sebelum ini tinggal seorang diri sebelum ditempatkan di pertubuhan berkenaan.


Menurut Mohd Irfan, berbeza dari sebelumnya, dia terpaksa berdepan cemuhan orang ramai berikutan keadaan berat badannya yang menjangkau 300 kilogram pada 2019 sebelum berjaya menurunkan berat badan kepada 110 kilogram kini.

]
Akmat tetap meneruskan perbarisan walaupun ketinggalan. Gambar kanan: Mohd Irfan




"Kalau boleh, azam saya nak kurangkan kepada 90 kilogram," jelasnya yang masih memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan.


Selain itu, seorang lagi penghuni, Akmat Milaham, 68, dari Sabah, berkata, walaupun kudratnya tidak berupaya tetapi dia bersemangat menghabiskan perbarisan yang dianjurkan membabitkan persekitaran rumah kebajikan itu.


Menurut bekas peniaga ikan dan pernah bekerja sebagai kerani di pejabat daerah sebelum hidupnya berubah akibat tiada arah tujuan serta bergelandangan, kesempatan menyambut kemerdekaan kali ke-67 ini seolah-olah beri peluang kepada dirinya untuk melepaskan perasaan yang tersimpan dalam diri selama ini biarpun turut menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan.

"Seronok, rasa bebas sambut merdeka kali ini, tak pernah sambut sebelum ini," katanya yang menjadi antara peserta terakhir yang sampai akibat uzur.

PJQM yang juga menjadi rumah perlindungan buat anak yatim turut memberi peluang kepada mereka menyertai perbarisan kemerdekaan.

Salah seorang peserta yatim piatu, Nur Amira Natasya Romli, 16, dari Yan berkata, merdeka yang diketahui sebelum ini maksudnya ialah kejayaan negara yang bebas daripada penjajah.

]
Pertubuhan Jariah Qaseh Malaysia menyambut kemerdekaan dengan cara tersendiri.




Bagaimanapun, jelas pelajar Tingkatan Empat itu, maksud kemerdekaan bagi dirinya sendiri ialah kebebasan melakukan apa sahaja demi memperoleh kejayaan dan kebahagiaan.

Menurutnya, rasa bebas apabila dapat meneruskan kehidupan dan pembelajaran tanpa ada gangguan atau halangan, itu yang lebih dihargai.

"Mak dan ayah meninggal selang sebulan pada 2021, mak meninggal sebab kanser, ayah pula sebab covid-19, sejak itu saya duduk di sini dengan kakak.

"Kakak, Nur Amanina Hazwani, 18, sekarang dah bekerja, jadi dia dah keluar dari sini...tetapi saya tetap bersyukur dan bahagia berada bersama kawan-kawan, mak dan abah angkat sayang kami macam anak sendiri...itu yang lebih 'merdeka' bagi kami di sini," ujarnya.

Selain perbarisan, kesemua penghuni dan staf turut diberi peluang menyertai pertandingan memasak dan menghias kek sebagai pengisian sambutan kemerdekaan kali ini.

https://www.sinarharian.com.my/article/683242/edisi/utara/jiwa-kami-yang-merdeka-itu-paling-bahagia---penghuni-pjqm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.505583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list